CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Pulau Pinang] Usaha bina hubungan baik Persekutuan, kerajaan pembangkang

[Copy link]
Post time 14-4-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-4-2023 03:30 PM

Usaha bina hubungan baik Persekutuan, kerajaan pembangkang

14 April 2023 02:26pm





Anwar




BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha membina hubungan baik dengan kerajaan negeri yang diterajui pembangkang bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa didahulukan selaras konsep MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini dapat dibuktikan apabila Kerajaan Persekutuan tetap mengutamakan apa-apa keperluan yang diminta kerajaan negeri yang bersifat segera dan mendesak, walaupun terdapat perbezaan politik.

Beliau berkata, sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan bersetuju menambah projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Golok, Kelantan, berikutan masalah banjir yang sering dialami negeri di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) itu.

"Kerana masalah banjir ini serius, masalah banjir di Kelantan lebih berat daripada masalah banjir di Permatang Pauh, jadi walaupun kita boleh bantu sedikit di sini (Pulau Pinang) kita kena beri keutamaan (Kelantan) walaupun kerajaan negeri itu berbeza parti, ini kenyataan.

"Sebab itu saya nak bezakan fakta dan rekaan, rekayasa, di dalam politik kita kena beringat,” katanya dan menambah apa yang dituturkan mestilah berdasarkan fakta dan bukan semberono.

Anwar berkata demikian pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi di sini pada Jumaat.

Anwar berkata dalam pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan, beliau juga mengambil maklum cadangan-cadangan penambahbaikan yang diutarakan, dengan sebahagiannya dipersetujui beliau dan turut mengarahkan pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, hubungan baik dengan kerajaan negeri juga dibuktikan menerusi lawatannya ke Terengganu esok, apabila Menteri Besar Terengganu sendiri turut mengalu-alukan kedatangan tersebut dan memberikan kerjasama yang baik.


"Itulah cara kerjasama Persekutuan dengan negeri, masa pilihan raya kita lawanlah, lepas itu amanlah, baru boleh jaga kehidupan rakyat. Jadi itulah yang saya harap dalam kalangan kita supaya ada semangat bahawa perbezaan ini mempertajam hubungan persaudaraan dalam kalangan kita," katanya.


Beliau berkata, walaupun terdapat naratif yang mengatakan bahawa beliau tidak memberikan peruntukan sama rata kepada negeri, namun hakikatnya, peruntukan untuk empat negeri yang dipimpin PN tetap ditambah dalam Belanjawan 2023.


"Peruntukan bagi Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah pun saya tambah, walaupun (Kedah) ada celaru sikit," katanya.




sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041197 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list