CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan Pulau Pinang perlu diberi peluang mentadbir semula - Anwar

[Copy link]
Post time 14-4-2023 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Pulau Pinang perlu diberi peluang mentadbir semula - Anwar


BERNAMA



ANWAR bersama kepimpinan kerajaan negeri bergambar dengan penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awan Negeri Pulau Pinang di UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh di sini. FOTO Danial Saad



Bukit Mertajam: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon pengundi khususnya di Pulau Pinang untuk memberi lagi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus mentadbir.

Anwar berkata, walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti tidak akan memberi kesan kepada Kerajaan Persekutuan, pentadbiran negeri sekarang harus diberikan tempoh untuk memimpin Pulau Pinang.

"Bagi tempoh untuk kita membuktikan dengan pentadbiran tata kelola yang baik dan hentikan amalan sakau menyakau demi kemajuan negeri," katanya pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat negeri di sini hari ini.

Katanya, dengan hasil pentadbiran yang lebih baik, ini akan memberi keadilan kepada orang yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk memperbaiki ekonomi.

"Dalam hal ini, orang yang banyak berkorban adalah penjawat awam…jadi saya akan membuat beberapa pengumuman baik pada hari Selasa nanti," katanya.

Pulau Pinang antara enam negeri termasuk Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang akan mengadakan PRN pada tahun ini.

Sebelum ini, dilaporkan enam negeri itu mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus membantu untuk memajukan negeri ini sebagai pusat penyelidikan industri digital.

Beliau berkata, sebelum ini, Pulau Pinang agak ketinggalan dalam beberapa projek, jadi selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, perhatian telah diberikan kepada projek-projek besar itu.

"Kita mesti pertahankan dan kita akan guna segala kemudahan yang ada untuk teruskan projek-projek. Ini pendirian Kementerian Kewangan sekarang…semua projek yang pernah ditinggalkan, bukan saja saya sambung tetapi bangunkan semula supaya Pulau Pinang kekal di hadapan," katanya.

Semasa pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Februari lalu, Anwar telah meluluskan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang akan diterajui oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).


Disiarkan pada: April 14, 2023 @ 5:46pm











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.601784 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list