CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 1

[Kedah] Laporan kes penyeludupan dadah ke Australia perlu disiapkan dalam 2 minggu

[Copy link]
Post time 14-4-2023 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Laporan kes penyeludupan dadah ke Australia perlu disiapkan dalam 2 minggu



M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]





Sungai Petani: Kerajaan memberikan tempoh maksimum dua minggu kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mengemukakan laporan penuh kejadian dadahbernilai RM789.56 juta diseludup melalui Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejadian itu menunjukkan wujudnya kelemahan dalam sistem kerajaan yang sepatutnya mampu mengesan kegiatan berkenaan, namun gagal.

Katanya, kerajaan memandang serius kejadian berkenaan dan mengarahkan siasatan terperinci dilakukan agensi penguatkuasaan termasuk memastikan perkara itu tidak berulang pada masa hadapan.

"Saya dimaklumkan baru-baru ini mengenai penyeludupan besar dadah ke Australia, yang mengaibkan jika dibuktikan sah, ialah penyeludupan besar-besaran itu melalui Pelabuhan Klang.

"Soalnya bagaimana dalam sistem yang canggih sekarang boleh bolos begitu besar jumlah dadah melalui Pelabuhan Klang, jadi saya minta pihak JKDM beri laporan penuh apa yang berlaku.

"Bagaimana sudah berbelas kali perkara demikian boleh berlaku sehingga ditangkap di Australia, ini menunjukkan kelemahan kita yang perlu diatasi segera," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani.

Hadir sama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.



ANWAR menyampaikan Surat Keputusan Kewarganegaraan kepada 21 penerima pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani. FOTO Bernama

Mengulas lanjut, Anwar turut mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama membantu dalam melakukan siasatan kes yang dianggap mengejutkan negara berkenaan.

Katanya, kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam mengambil tindakan tegas dalam kes penyeludupan berkenaan kerana keutamaan ketika ini adalah memastikan tata kelola pentadbiran yang baik.

"Saya minta PDRM terutama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) juga bersama dalam siastaan ini, dalam tempoh satu ke dua minggu kita mahu laporan penuh bagi memastikan penyeludupan ini boleh dihalang.

"Ini bukan soal kecil, bukan soal ratusan juta wang, tapi ia menunjukkan kelemahan dalam sistem negara. Dalam keadaan kita bicara tentang tata kelola kerajaan yang baik, menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa, maka penyeludupan ini dianggap serius," katanya.

Media sebelum ini, melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lalu.

Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam kenyataan minggu lalu, berkata Pasukan Sempadan Australia (ABF) berjaya mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen yang masing-masing seberat 500kg.



Disiarkan pada: April 14, 2023 @ 8:52pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2023 11:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037708 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list