View: 240|Reply: 0
|
Danial tiada masalah beraya di Eropah
[Copy link]
|
|
DANIAL Syahmi (dua kanan) ketika sesi latihan bersama Hakim Danish (kanan).
Kuala Lumpur: Pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril mengakui sambutan hari raya tahun ini tidak begitu penting untuknya kerana dia lebih mengutamakan perjalanan kariernya dalam sukan permotoran.
Justeru bagi pelumba Piala Rookies Red Bull itu yang kini berpangkalan di Sepanyol, bukan satu masalah kepadanya untuk beraya di perantauan kerana sudah beberapa tahun melalui situasi sama.
"Perasaan beraya di Sepanyol, saya tak ada rasa apa-apa sebab raya tak berapa penting. Paling penting bagi saya adalah karier saya. Itu yang difokuskan bagi membanggakan keluarga dan juga rakyat Malaysia.
"Raya tahun ini pastinya terpaksa berjauhan dengan keluarga tapi saya boleh buat panggilan video dengan mereka dan itu pun sudah boleh buat saya gembira," katanya.
Selain beraksi di Piala Rookies Red Bull, Danial Syahmi juga mempunyai komitmen bersaing di Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP sekali gus menuntutnya kekal menjalani latihan di Eropah dengan berpangkalan di Sepanyol.
Mengulas pengalaman menjalani ibadah puasa di negara orang, pelumba berusia 20 tahun itu mengakui tidaklah begitu sukar kerana dia sudah mempunyai pengalaman berpuasa di luar negara.
"Di Sepanyol kami perlu berpuasa lebih beberapa jam berbanding di Malaysia. Tapi bagi saya tak ada masalah pun jika perlu berpuasa dan menjalani latihan. Ia tak jauh berbeza dengan di Malaysia. Kalau di sini (Sepanyol) saya akan mula berlatih jam 9 pagi tetapi di Malaysia jam 6 pagi," katanya.
Danial Syahmi kini menduduki tempat kesembilan Piala Rookies Red Bull dengan mengumpul 13 mata dengan pusingan kedua berlangsung di Litar Jerez pada 29 serta 30 April ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ah-beraya-di-eropah |
|
|
|
|
|
|
| |
|