View: 20016|Reply: 69
|
Pengalaman pelik dari KL-Melaka
[Copy link]
|
|
salam sejahtera semua..dah berabad lamanya aku tak aktif dekat forum carini..tiba2 terpanggil untuk datang kesini untuk berkongsi pengalaman cerita seram yg aku alami baru-baru ini kepada semua forummers cari...so ceritanya bermula begini..
pada hari selasa oktober lepas,aku dan sahabatku,aku namakan dia sbg zack..kami on the way balik ke melaka melalui highway PLUS...perjalanan kami dari KL mengambil masa yg agak lama..kira-kira 6 jam,pukul 10 malam kami bertolak dari KL,pada pukul 4 pagi kami baru tiba dimelaka..mesti pelikkan kenapa kami sampai ke melaka terlalu lewat?haaa...kami bertolak dari damansara kira2 awal 10 mlm selepas puas mengeteh di mamak yg berhampiran...sepuntung rokok demi sepuntung rokok aku hisap kerana asyik leka berbual dengan zack di mamak tadi..berbual tentang hal2 semasa,gajet2 terkini,business..serta tak dilupakan tentang awek2 yg montok lalu lalang disekitar kami...kemontokan awek2 tersebut hanyalah menjadi pencuci mata kami,kerana masing2 sudah ada komitmen dgn pasangan masing2,diikutkan selera muda...mau je kami mengurat,usya no telefon ke..kekekeke...oklah kita berbalik kepada perjalanan kami tadi...10mlm dari tol kota damansara kami bergegas pulang...menyusuri sisipan jalan ke melaka....didalam kereta,aku memandu sambil berbual2 lg dgn zack..eh tak abis2 nak berbual je?suke ati akula..bukannya aku comolot pon hahaha..
pada pukul 11mlm,kami tiba diseremban..tiba2 aku terasa agak letih dan mengantuk,mungkin disebabkan satu hari aku tidak dpt berehat..oleh itu,kami berhenti di rnr seremban untuk berehat sebentar..pada mulanya aku bercadang untuk mengeteh di rnr..tetapi disebabkan tidak larat...aku tertidur didalam kereta...1 jam demi 1 jam masa berlalu...dari pukul 11 mlm..bergerak ke 12mlm...dari 12mlm bergerak ke 2pagi..tiba2 aku tersedar....cepat2 aku bingkas bangun,melihat jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi..zack yg tak bleh tidur dari tadi aku lihat busy on the phone dengan gfnya...dengan muka sengal2 ubi,aku pergi ke petronas untuk membasuh muka,dan membeli minuman..nescafe mocha dan ice lemon tea menjadi pilihan fav kami..
perjalanan kami diteruskan,dari seremban kami tiba dihighway pedas..tiba2..sekitar highway menjadi gelap gelita..lampu jalan juga tiada dikiri dan kanan kami..perbualan kami terhenti,zack terus menegur aku dengan nada yang pelik,"apsal aku xnampak jalan highway ni bro?"...aku pun dengan serba salah membalas,"patutlah kita x nampak jalan ni zack,aku lupa on lampu depan keretalah..sorry bro..hehe"..zack tekekek kekek ketawa..aku pun ketawa sekali,difikiran..aku terfikir....."aku xpercaya sifat tarik perhatian aku semakin menjadi-jadi sekarangni,aahh...mungkin genetik aku kot.."balas hatiku.Kami meneruskan perjalanan dengan hanya disuluhi sinaran lampu kereta..sekeliling kami hanyalah hutan2 dan bukit bukau yang semakin menggelap,kerana kurangnya kenderaan menyusuri highway pada waktu itu.
TIBA-TIBA...lorong perjalanan kami menjadi sempit...dari 3 line bertukar ke 2 line..setahu aku,sepanjang hidup aku berulang alik dari Melaka ke KL,aku xpernah hadapi jalan highway mcmni...aku mula tak sedap hati,aku lihat zack hanya duduk dengan muka cool yang tak seberapa pasti..aku pun bertanya.."zack,ni jalan lain ni..aku xpernah lalu highway dari kl-melaka jadi 2 line!patutnye ikut time skrg kita da sampai toll simpang ampat atau toll ayer keroh dahni bro,nih satu signboard aku xnampak"...zack pun membalas.."btulke?cuba kau drive slow2,biar aku perhatikan signboard...patutlah aku rase mcm lame je dalam keretanih..hati-hati bro".Perjalanan kami diteruskan,jam sudah menunjukkan pukul 3pagi,waktu2 sebegini sepatutnya kami sudah sampai ditoll ayer keroh,tetapi tidak sampai2 lagi...
"Haa..bro,aku dah nampak signboard...tapi ni signboard masuk Jasin nih..lagi 500meter kita sampai",Zack berkata sambil menyepetkan matanya untuk membaca signboard tersebut,"Ok..ok",balasku.Alhamdulillah akhirnya kami tiba di Melaka..walaupun boleh tersesat masuk sampai ke toll Jasin.Setibanya kami di toll tersebut,suasananya terlalu sunyi,hanya kereta kami sahaja yg melalui pada waktu itu..aku terus membayar duit toll,dan meneruskan perjalanan untuk pulang kerumah masing2.Difikiranku,aku pelik ..hampir 3 tahun aku berulang alik dari Melaka-KL..inilah kali pertama aku tidak perasan signboard untuk masuk ke toll simpang ampat atau ayer keroh..dan ini jugalah kali pertama aku melalui toll jasin dengan tanpa niat.Bagi aku ini mungkin natijahnya kalau kerap melalui highway pada waktu malam..atau awal2 pagi..tetapi aku suka,kerana perjalanan di highway pada waktu malam tak terlalu busy dan bayaran toll pon murah jugak.
Perjalanan kami diteruskan,suasana disekeliling sepi...jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi...meter minyak pulak tinggal 1 bar,dan perut masing2 berkeroncong nak melahap makanan...nak tak nak kami kena terus pergi ke bandar melaka dulu untuk mengisi minyak..sepanjang perjalanan kami untuk ke bandar melaka,kami terpaksa melalui highway AMJ...kalau sesiapa pernah mendengar cerita misteri tentang highway AMJ ,pasti tahu apakah kisah2 misteri tersebut.Kalau sebelumnih aku tak pernah mengalami benda2 misteri ketika dalam perjalanan,kini baru aku tahu perasaannya bagaimana..tetapi aku lebih kepada rasa pelik...ya pelik...ketika perjalanan di highway AMJ,aku berada dilorong kiri..bermakna sesiapa dari muar atau jasin yang hendak pegi ke bandar melaka..perlu melalui dilorong yg kiri.Ketika sebuk memandu aku hanya berdiam diri kerana bengang dengan perjalanan dari KL ke Melaka yang menyusahkan..TIBA-TIBA aku tersentak,melihat sepasang rangka kaki yang tidak mempunyai badan melintas dihadapanku..aku hanya mendiamkan diri dan menghembuskan nafas tanda geram..dalam hati aku berkata"nasib baik aku drive slow2 tadi,kalau tak..mampus aku!".Aku melihat zack masih maintain dengan muka coolnya...TIBA-TIBA mata aku tertarik dengan kilauan2 cahaya berwarna-warni disebelah kanan jalan..aku lihat terdapat sebuah kedai makan yang sedang dibuka untuk orang ramai datang menjamu selera dan terdapat seorang pemandu lori memberhentikan lorinya ditepi kedai tersebut...aku meneruskan perjalanan lagi..terlihat lagi satu kedai makan disebelah kanan yang berlampu2 bermcm2 warna,suasananya sebuk sedikit..terdapat agak ramai org menjamu selera di kedai tersebut..aku sengaja bertanya kepada zack yang dari tadi diam dan sebuk melihat suasana disebelah kirinya.."zack,kau rase kedai2 makanni kita boleh try ke?"..zack balas dengan tersengih mcm kerang busuk.."entahlah bro..hehehhe"....aku pun tersengih sama2..sebab terasa pelik 2 buah kedai makan yg masih dibuka walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi..dahlah bukak sampai kepagi...ramai org pulaktu...kenderaan pelanggan2 yg berhenti disebelah kedai tak nampak pulak..pelik2....maka perjalanan kami ke bandar melaka diteruskan...
Setibanya kami dibukit beruang,kami berhenti dikedai mamak berhampiran untuk menjamu selera...perut masing2 berbunyi2 disebabkan kelaparan..zack meminta maggie goreng ayam bersama barli panas,aku pula meminta 2 roti telur serta teh o ais limau...selepas mengisi perut,seperti biasa...sebatang rokok menthol aku nyalakan..sambil menghisap rokok..aku bertanya kepada zack.."bro,kau nampak tak tadi ada dua kedai makan dekat highway amj belah kanan kita?"...dengan muka pelik zack membalas"belah kanan kita?aku tak nampakpon 2 kedai makan belah kanan tadi bro,aku nampak tadi belah kiri kitalah".Aku bertambah pelik,setahu aku belah kiri tadi hanyalah hutan2 yang gelap......untuk kepastian aku bertanya lagi kepada zack.."kau nampak kedai tu mcm mana bro?keadaan 2 kedai makan tu?"..."aku nampak kedua-dua kedai tu berlampu2 warna warni and then agak ramailah org makan,asal?setahu aku tadi belah kanan aku tak nampak apa-apa.."balas zack kepada aku...aku hanya mengangguk2 kepala sambil menghembuskan asap rokok,ternyata...nikmat menghisap rokok selepas makan begitu hebat..lebih2 lagi pada waktu pagi2 buta...
, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apsal ko tak benti bad? klau tak best jek si Zack makan Mee Goreng ayam kat kedai sblm mamak tadi
serammmm siot |
|
|
|
|
|
|
|
exactly kat area mana kedai makan tu...
btw aku jarang travel mlm2 unless emergency...
nak elakkan mende2 camnie larr.. |
|
|
|
|
|
|
|
exactly kat area mana kedai makan tu...
btw aku jarang travel mlm2 unless emergency...
nak elakkan ...
monreyes Post at 4-12-2010 10:33
highway amj..tapi aku rasa tu bukan kedai makan..itu mainan jin syaitan ja |
|
|
|
|
|
|
|
kalo ko ckp dri highway Jasin, nak pergi Melaka
lalu highway AMJ maksdudnya ko masuk dri Merlimau lah,
tpi area AMJ memg selalu dgr pasl kedai makan tu, biasa org luar jer
yg pernah nampak, sbb org tu x thu memg x ada kedai makan kt situ |
|
|
|
|
|
|
|
eee... nasib baik ko x benti... klo x makan le ulat cacing bagai.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku makan cacingpon..ko hado???nan hado je ko ni kan kak nam oi..
sinbad05 Post at 4-12-2010 12:00 PM
err.... motip kak nam..?? |
|
|
|
|
|
|
|
ye2 aku pernah dgr bab pasal ni...mmg heboh pasal highway amj ni |
|
|
|
|
|
|
|
salam sejahtera semua..dah berabad lamanya aku tak aktif dekat forum carini..tiba2 terpanggil untuk ...
sinbad05 Post at 4-12-2010 08:48
Smpai ke Jasin ko terlajak.Baru 2 hari lepas aku travel dari KL-Melaka.Masuk je kat area gelap tu terus menyerbu bauan yang kurang enak di bau.hahaha! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# the_slayers
bau kentut ke? hahaha gurau2 jgn marah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply the_slayers
bau kentut ke? hahaha gurau2 jgn marah
noreen Post at 4-12-2010 20:07
haa.....pandai pun!
hahaha!! |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi thrill patot TT drive terus ke pagoh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# the_slayers
ahahahaha btl rupanya.... busuk punyer org ! ahahah |
|
|
|
|
|
|
|
TIBA-TIBA aku tersentak,melihat sepasang rangka kaki yang tidak mempunyai badan melintas dihadapanku..aku
sinbad05 Post at 4-12-2010 08:48
TT cara bercerita bersahaja, sampai nampak yg ini pun mcm nampak kambing melintas jalan..... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt tt ni seorang yg berani.... tu pasal nampak rangka kaki pun xde perasaan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|