CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

[Pulau Pinang] Didakwa salah guna kuasa dapatkan kontrak untuk adik

[Copy link]
Post time 19-4-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Didakwa salah guna kuasa dapatkan kontrak untuk adik

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN   19 April 2023   12:40pm





Aziedy (kiri) ketika keluar dari mahkamah selepas dibenarkan diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.




BUTTERWORTH - Seorang pengurus teknologi maklumat (IT) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan kontrak bernilai RM415,397 pada 2016.

Tertuduh, Aziedy Abdul Talib, 42 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, Aziedy yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi dan memangku tugas Ketua Pegawai Eksekutif di Mutiara.Com Sdn Bhd didakwa telah menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan bagi adik kandungnya, Mohamad Arif Abdul Talib apabila meluluskan syarikat ATR Resources Enterprise sebagai pembekal peralatan kamera litar tertutup (CCTV) bagi projek Pangsapuri Sri Bayu bernilai RM223,586.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang sama apabila meluluskan syarikat milik adiknya itu sebagai pembekal bagi kerja-kerja pemasangan intercom bagi projek Pangsapuri Sri Bayu bernilai RM191,811.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pejabat Mutiara.com Sdn Bhd, Tingkat 14, Menara UMNO, Jalan Macalister pada 4 Februari dan 14 Jun 2016.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Aziedy didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dah boleh dihukum di bawah 24 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendawa Raya, Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh diwakili peguam, Arafas Abdul Razak.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan tiga syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan sekali Pejabat SPRM terdekat dan tertuduh tidak boleh mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 20 Mei depan untuk sebutan semula kes.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.479800 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list