CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

[Pulau Pinang] DAP beri peluang BN pertahan kerusi penyandang di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 20-4-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 20-4-2023 02:38 PM

DAP beri peluang BN pertahan kerusi penyandang di Pulau Pinang

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  20 April 2023    12:54pm





Chow Kon Yeow




GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) akan diberi peluang untuk mempertahankan dua kerusi penyandangnya di Pulau Pinang pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat yang diadakan pada Rabu itu memutuskan bahawa semua kerusi akan kembali kepada parti penyandang masing-masing.

"Setiausaha Agung telah mengulangi bahawa semua rundingan kerusi dibuat berdasarkan prinsip yang dipersetujui iaitu semua kerusi akan kembali kepada parti penyandang.

"Ini bermakna, UMNO akan mempertahankan dua kerusi mereka di Pulau Pinang iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Biasiswa Ancom Crop Care Penang di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan mengenai rundingan kerusi dengan BN atau UMNO untuk PRN yang dijangka akan diadakan dalam tempoh dua bulan lagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah, berdasarkan prinsip itu juga, PH tidak akan meminta kerusi-kerusi berkenaan daripada UMNO atau BN.

"Dan ia harus ditimbal balik yang mana mereka juga tidak akan meminta kerusi kita. Bagaimanapun, kerusi yang tidak dimenangi PH pada pilihan raya sebelum ini terbuka untuk rundingan," katanya.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dan pada Pilihan Raya Umum 2018, PH telah memenangi 37 kerusi, ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih menjadi sebahagian daripada PH.


BN mempunyai dua kerusi manakala Pas memenangi satu kerusi iaitu Penaga.

Selepas Bersatu keluar daripada gabungan PH dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dipecat daripada parti dan kemudiannya menyertai PPBM, empat kerusi itu, Seberang Jaya, Sungai Acheh, Teluk Bahang dan Bertam jatuh di bawah Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, keempat-empat mereka telah diusir daripada Dewan Undangan Negeri pada Mac lalu selepas Dewan meluluskan usul untuk memaksa mereka mengosongkan kerusi mengikut undang-undang anti lompat parti.



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.043156 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list