CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peluang rakyat bertemu pemimpin negara

[Copy link]
Post time 24-4-2023 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 24-4-2023 09:07 PM

Peluang rakyat bertemu pemimpin negara

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN  24 April 2023   05:35pm





Gambar dari kiri: Mohd Akmal, Marhamah, Fatin Najwa




PERMATANG PAUH - Penganjuran rumah terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh di sini pada Mei nanti memberi peluang kepada rakyat di negeri ini mendekati pemimpin negara.

Suri rumah, Marhamah Abdullah, 52, berkata, kehadiran pemimpin negara terutamanya dalam majlis yang diadakan bersama rakyat tidak seharusnya dipolitikkan sebaliknya perlu dijadikan medan untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

Menurutnya, siapa pun yang jadi pemimpin kerajaan pastinya akan adakan program menyantuni rakyat dan ia sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh rakyat tidak kira kaum, agama dan warna bendera parti.

"Kalau semua perkara nak dipolitikkan apa akan jadi dengan negara kita nanti... Lagipun Anwar bukanlah individu asing di Permatang Pauh.

"Jadi boleh dikatakan kehadiran Perdana Menteri pada rumah terbuka nanti bagaikan sirih pulang ke gagang dan masa inilah rakyat di Pulau Pinang khususnya penduduk Permatang Pauh boleh suarakan apa sahaja kepada pemimpin negara yang akan hadir nanti," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Bagi penduduk Permatang Pauh, Mohd Akmal Mohd Radzi, 34, pula berkata, penganjuran majlis itu tidak sepatutnya disalahgunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu sebaliknya perlu dijadikan platform untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat sesuai dengan semangat meraikan perayaan Aidilfitri.

"Sebagai rakyat Pulau Pinang kami mengalu-alukan program seperti ini namun berharap ia bukanlah disebabkan dengan tujuan tertentu.

"Anwar sendiri berasal dari sini dan menjadi wakil rakyat Permatang Pauh sejak sekian lama... Jadi kita harapkan lebih banyak pembangunan dapat dibawa oleh Kerajaan ke negeri ini selepas ini khususnya dalam menyelesaikan beberapa masalah demi kemajuan Pulau Pinang," katanya.


Sementara itu, penuntut UiTM Permatang Pauh, Fatin Najwa Ab Malik, 19, berkata, dia teruja apabila berpeluang untuk bertemu pemimpin negara dalam majlis rumah terbuka yang akan diadakan nanti.

"Sebelum ini saya hanya melihat Perdana Menteri di kaca televisyen dan lihat gambar di media sosial sahaja namun dengan penganjuran majlis itu nanti mungkin kami dapat berjumpa terus dengan Datuk Seri Anwar yang datang ke kampus kami.

"Saya harap nanti sempat la kami berswafoto dengan Perdana Menteri serta pemimpin lain... pastinya ia kenangan berharga buat kami sebagai penuntut di sini," katanya.

Rumah terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh dijadualkan akan diadakan pada 6 Mei depan.

Difahamkan, penganjur menganggarkan kehadiran seramai 15,000 pengunjung rakyat Pulau Pinang dan sekitar akan hadir ke majlis berkenaan yang akan bermula 11 pagi hingga 2 petang.



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.371542 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list