CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Pulau Pinang] Aplikasi penentu arah kiblat kurang tepat

[Copy link]
Post time 25-4-2023 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Aplikasi penentu arah kiblat kurang tepat


Oleh Nur Izzati Mohamad - April 25, 2023 @ 2:25pm [email protected]




Kompas dan aplikasi kiblat di telefon bimbit tidak boleh dijadikan panduan utama untuk menetapkan arah kiblat. - NSTP/MOHD ADAM ARININ




GEORGETOWN: Semua kariah masjid dan pemilik kediaman di Pulau Pinang diminta menghubungi Jabatan Mufti sekiranya mahu membuat pengesahan berhubung penentuan arah kiblat, berbanding menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata penggunaan aplikasi dalam telefon pintar tidak digalakkan kerana pengukuran berbeza dan kurang tepat.

Justeru, katanya, masjid atau pemilik kediaman yang berasa arah kiblat mereka tersasar boleh memohon bantuan pihak jabatan bagi tindakan selanjutnya.

"Untuk melihat arah kiblat di Pulau Pinang ia boleh ditentukan mengikut bayangan searah yang ada kita terbitkan dalam takwim.

"Jika tersasar, Jabatan Mufti mempunyai khidmat sukarelawan daripada Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) bertauliah yang mana mereka akan dihantar ke lokasi dilaporkan untuk membuat pengesahan arah kiblat mengikut kaedah yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan, kira-kira 40 peratus kediaman umat Islam sekitar Lembah Klang mempunyai arah kiblat yang salah, disebabkan pelbagai faktor termasuk kesilapan membaca kompas ketika membuat penentuan sendiri arah tempat solat.

Situasi itu dikesan selepas Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) memeriksa lebih 20,000 kediaman dan premis umat Islam untuk ditentusahkan arah kiblat di Lembah Klang.

Daripada jumlah itu, PAFNS mendapati hanya 5,000 yang diperiksa ada penanda arah kiblat ditandai tuan rumah dengan kira-kira 2,000 daripadanya jelas tersasar.

Wan Salim berkata, Pulau Pinang tidak terkecuali daripada mempunyai masalah penentuan arah kiblat kerana kebanyakan masjid lama di negeri itu memang didapati arah kiblatnya tersasar.

"Kita mendapati perkara itu berlaku apabila kedudukan tanah kubur dan masjid tidak sama.

"Ada yang tanah kubur lebih lama dari masjid, jadi bila nak bangunkan masjid baharu, kariah usahakan cari arah kiblat lebih tepat, maka arah mihrab masjid itu berbeza dengan kubur.

"Kita galakkan buat pemeriksaan dan jika pasti terpesong (arah kiblat), maka laporkan supaya tindakan boleh diambil," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.379727 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list