CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Kedah] 4 daerah di Kedah catat 37 darjah celcius, 3 hari berturut-turut

[Copy link]
Post time 27-4-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode
4 daerah di Kedah catat 37 darjah celcius, 3 hari berturut-turut


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



GAMBAR hiasan




Alor Setar: Status cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) di negeri ini dengan bacaan 37 darjah celcius direkodkan selama tiga hari berturut-turut.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Kedah Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, setakat ini beberapa daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang dan Padang Terap direkodkan mengalami cuaca panas itu.

Menurutnya, cuaca ketika ini agak panas tetapi tidak berpanjangan dan pihaknya sudah mengeluarkan amaran itu.

"Ada kemungkinan untuk kekal atau naik 37 darjah celcius hingga 40 darjah celcius tu payah sikit.

"Tapi ada kemungkinan boleh turun bawah 35 darjah celcius dan kemungkinan untuk kekal, lebih dari itu tidak mungkin sebab akan berlaku hujan dalam waktu terdekat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air serta mengelakkan terdedah pada cuaca panas di luar selain tidak melakukan pembakaran terbuka," katanya ketika dihubungi hari ini.




Disiarkan pada: April 27, 2023 @ 1:02pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.046764 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list