CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Pulau Pinang] 7 pemandu bas dikesan memandu bawah pengaruh dadah sepanjang Op HRA

[Copy link]
Post time 28-4-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode
7 pemandu bas dikesan memandu bawah pengaruh dadah sepanjang Op HRA


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



LOKMAN (kiri) memeriksa penunggang motosikal ketika Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023 di lorong motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini. FOTO Danial Saad




Butterworth: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan tujuh pemandu bas memandu di bawah pengaruh dadah sepanjang menjalankan Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) di seluruh negara bermula 18 April hingga semalam.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kesemua pemandu bas itu sudah diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun katanya, JPJ tidak berkompromi apabila turut mengambil tindakan tegas terhadap semua pemandu bas terbabit mengikut Seksyen 36 dan Seksyen 56 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

"Melalui akta ini, kesemua pemandu bas ini bakal berdepan dengan tindakan penggantungan lesen memandu.

"Penggantungan atau pembatalan permit akan dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selepas siasatan selesai dijalankan.

"Pada masa sama, syarikat bas mereka turut diaudit melalui Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) JPJ bagi melihat tahap kepatuhan mereka," katanya ketika menyertai Op HRA berhampiran plaza tol Jambatan Pulau Pinang,di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengarah JPJ negeri Adenan Md Isa.

Operasi itu menumpukan pemeriksaan penunggang motosikal yang mana sebanyak 47 motosikal disita atas pelbagai kesalahan.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, secara keseluruhannya JPJ mengeluarkan 71,688 notis atas pelbagai kesalahan sepanjang Op HRA berlangsung seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, 37 peratus atau 26,354 daripada keseluruhan notis membabitkan tujuh kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dengan 19,489 notis.

"Manakala, tidak mematuhi isyarat lampu merah (5,653 notis), tidak memakai tali pinggang atau topi keledar (667 notis), menggunakan telefon bimbit semasa memandu (170 notis), memotong barisan (152 notis) serta memotong di garisan berkembar dan memandu di lorong kecemasan, masing-masing sebanyak 148 dan 75 notis.

"Kesemua kesalahan ini didaftarkan di dalam sistem mySikap sebagai kesalahan yang tidak boleh dikompaun dan OKS (orang kena saman) perlu hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan notis saman yang dikenakan," katanya

Dalam pada itu, Lokman berkata, sepanjang Op HRA diadakan pihaknya menerima sehingga 1,700 aduan daripada orang awam yang dihantar melalui aplikasi [email protected].

"Aduan paling tertinggi yang dilaporkan adalah memandu di lorong kecemasan," katanya.




Disiarkan pada: April 28, 2023 @ 10:56am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.501317 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list