CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kami akan lawan hingga nafas terkahir' - Nelayan

[Copy link]
Post time 28-4-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode
'Kami akan lawan hingga nafas terkahir' - Nelayan


Iffah Najwa Mohd Zamri
[email protected]



PEMANDANGAN bot nelayan di Jeti Sungai Batu Teluk Kumbar, Balik Pulau di sini.




Georgetown: Kira-kira 6,000 nelayan di negeri ini sedaya upaya akan menentang Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) Ibrahim Che Ros berkata, mereka berpendirian jelas akan terus menolak projek penambakan besar-besaran itu.

"Tidak mungkin untuk kami menerima projek itu, mengetahui yang ia akan menjejaskan kehidupan dan mata pencarian kami, kami akan melawan PSI sehingga nafas terakhir kami.

"Apa yang sudah jadi kepada kebanyakan suara, malah dalam kalangan pemimpin kita sekarang yang sebelum ini menentang projek itu? Kenapa sekarang senyap dan hanya memekakkan telinga?

"Kami amat kecewa," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chon Kon Yeow sebelum ini mengumumkan bahawa Pulau Pinang akhirnya mendapat kelulusan EIA untuk projek penambakan PSI, dengan 71 syarat yang perlu dipenuhi pada Rabu lalu.

Beliau berkata, sebarang kerja penambakan hanya akan dimulakan selepas kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diperoleh dan dijangka lulus pada suku ketiga tahun ini.

Kumpulan alam sekitar dan nelayan meluahkan rasa kecewa kerana EIA sudah diluluskan.

Mereka mendakwa bahawa semua kebimbangan yang dibangkitkan selama ini menjadi sia-sia dan mereka menghubungi Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk membuat keputusan yang telus.

Ibrahim berkata, mereka akan menghantar surat rayuan kepada JAS untuk mengkaji semula kelulusan yang diberikan EIA untuk PSI.

Sementara itu, Ibrahim turut melahirkan rasa kecewa kerana kedua-dua surat Pen Mutiara untuk pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sambutan.

Beliau berkata, Pen Mutiara menulis surat kepada Perdana Menteri pada akhir tahun lalu untuk melakukan mesyuarat projek PSI dan menjemputnya untuk ke majlis berbuka puasa.

"Kalau tanya saya, kami memang kecewa dengan Perdana Menteri, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Iklim serta Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan kerana gagal mempertahankan hak nelayan.

"Malah, (Datuk Seri) Anwar pernah datang ke Sungai Batu sebelum ini ketika beliau baru menjadi Presiden PKR, berjumpa dengan nelayan di sana dan berjanji untuk membantu mereka.

"Beliau adalah Perdana Menteri sekarang, apa yang menghalang beliau?," katanya lagi.




Disiarkan pada: April 28, 2023 @ 1:30pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 1.382699 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list