CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 1

[Perlis] Tertinggal kunci, penuntut parah jatuh bangunan

[Copy link]
Post time 2-5-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

MANGSA di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. FOTO Ihsan JBPM Perlis

Padang Besar: Hanya kerana mahu mendapatkan kunci tertinggal di dalam unit kediamannya, penuntut lelaki universiti tempatan parah selepas terjatuh dari tingkat enam blok kediaman universiti berkenaan di Sungai Chuchuh, di sini, semalam.

Mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kulim, Kedah dipercayai terjatuh selepas tergelincir ketika cuba memanjat masuk ke dalam kediamannya untuk mengambil kunci rumahnya yang tertinggal di dalam unit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3 petang berhubung kejadian berkenaan.

"Menurut saksi yang berada di sekitar tempat kejadian, mereka terdengar bunyi seperti sesuatu jatuh sebelum melihat mangsa terbaring serta berlumuran darah di lantai aras bawah bangunan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.



MANGSA ditemukan di aras bawah bangunan dalam keadaan berlumuran darah. FOTO Ihsan JBPM Perlis

Katanya, ketika ditemui orang ramai, mangsa masih berada dalam keadaan sedar, namun tidak dapat bergerak akibat kecederaan serius.

"Mangsa ketika ditemui masih dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bergerak dan dia kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk rawatan lanjut.

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan kita sudah mengambil keterangan beberapa orang saksi bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam masa sama juga, Mohd Shokri meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Punca kejadian masih disiasat dan polis turut memohon kerjasama saksi lain yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Mohd Izham Aziz di talian 017-5387986.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arah-jatuh-bangunan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2023 08:05 PM | Show all posts
kesian. semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.817857 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list