|
HYEIN
Hyein dipuji fotogenik
BIARPUN baru berusia 15 tahun, anggota kumpulan NewJeans iaitu Hyein menuai perhatian apabila mempamerkan visual fotogenik untuk kempen pramusim luruh Louis Vuitton 2023 di Seoul.
Bukan sahaja memukau tetamu yang hadir dalam pertunjukkan fesyen tersebut, malah peminat dalam laman sosial turut teruja dengan aura yang ditonjolkan oleh penyanyi jelita itu.
Dia menjadi bualan dalam sosial media sejurus gambarnya dimuat naik.
“Saya tidak percaya dia dilahirkan pada tahun 2008 kerana dia begitu cantik dan berbakat.
“Ada sebab mengapa dia debut pada usia yang muda. Tak sabar menunggu dia dewasa.
“Dia benar-benar menonjol dalam kalangan idola lain melalui kecantikannya yang semula jadi,” demikian komen-komen positif yang dilontarkan kepada Hyein.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05/02/hyein-dipuji-fotogenik/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|