CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Selagi ada arus, hidupan laut tak akan pupus'

[Copy link]
Post time 4-5-2023 02:09 PM | Show all posts |Read mode
'Selagi ada arus, hidupan laut tak akan pupus'


Mei 4, 2023 @ 1:57pm



Nelayan Haris Abdullah, (kanan) dan Fajinah Jaafar (tengah) melihat lakaran Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang bakal dilaksanakan. - FOTO BERNAMA



GEORGETOWN: Nelayan yang menyokong projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) kekal berpendirian projek mega itu akan mendatangkan banyak manfaat kepada generasi akan datang dari segi meningkatkan taraf kehidupan dan menjana peluang pekerjaan.

Nelayan di Teluk Kumbar, Lye Phaik Soon, 56, menyokong projek itu sejak awal kerana ia adalah peluang baik untuk generasi muda mendapatkan pekerjaan tetap dan stabil seperti di sektor perkilangan.

"Apabila projek ini siap dan terbinanya kilang, ia akan memanfaatkan anak muda kerana selain pendapatan terjamin, mereka juga dapat mencarum dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

"Kalau mahu teruskan dengan pekerjaan nelayan, sudah tentu ada pasang surutnya dengan hasil laut yang tidak menentu.\

"Tanpa bantuan kerajaan negeri seperti subsidi diesel dan petrol serta bantuan pukat, agak susah untuk nelayan meneruskan kehidupan ketika ini," katanya kepada BERNAMA.

PSI adalah projek pembangunan tiga pulau buatan seluas 4,500 ekar dan menjadi sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

Phaik Soon yang sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak berkata, nelayan yang menyatakan sokongan mereka terhadap Projek PSI seolah-olah akan 'dihukum' oleh ketua unit dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan merumitkan proses pembaharuan lesen serta tidak mendapat bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan.



Zazali Sirun. - FOTO BERNAMA
Mengalami nasib sama, Zazali Sirun, 55, sudah menjadi tekong selama 20 tahun dan tidak pernah mengalami masalah dalam memperbaharui lesennya sehingga tahun ini selepas menyatakan sokongan terhadap Projek PSI.

"Lesen saya tamat tempoh 22 April 2023. Pihak unit dan persatuan enggan membantu saya memperbaharui lesen saya atas alasan saya sokong projek tambak laut. Salahkah saya menyokong projek kerajaan negeri sedangkan saya anak jati Pulau Pinang?

"Didakwa lebih 400 nelayan disenaraihitamkan oleh persatuan dan kami dinafikan daripada memperbaharui lesen. Tapi Alhamdulillah, pihak Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan membantu saya memperbaharui lesen dengan Jabatan Perikanan," katanya.

Beliau yang juga nelayan di kawasan Permatang Damar Laut, turut berterima kasih kepada kerajaan negeri dalam usaha menaik taraf nelayan di Pulau Pinang dengan memberi bot berukuran 8.1 meter, enjin berkapasiti 90 kuasa kuda serta peralatan lengkap bernilai RM80,000 bagi setiap nelayan yang berdaftar.

Mengenai dakwaan projek tambak ini akan melenyapkan hasil laut dan memusnahkan terumbu karang, Zazali berkata, kawasan tambak yang dirancang oleh kerajaan negeri tidak mempunyai terumbu karang semula jadi.

"Tiada satu pun terumbu karang semula jadi di kawasan tambakan ini. Saya harap masyarakat terutamanya komuniti nelayan tidak keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan projek ini," katanya.



Haris Abdullah - FOTO BERNAMA

Nelayan kawasan Sungai Batu, Haris Abdullah, 63, berpegang kepada prinsip selagi ada arus, hidupan laut akan terus membiak dan tidak akan pupus.

Tambahnya, bahagian selatan bukanlah projek tambak pertama di Pulau Pinang kerana bahagian timur dan utara negeri sudah ditambak terlebih dahulu tetapi tiada nelayan di kawasan terbabit mengeluh kehilangan punca pendapatan.



Fajinah Jaafar - FOTO BERNAMA

Bersetuju dengan sentimen ini, nelayan wanita Fajinah Jaafar, 62, mengimbau ketika Jambatan Kedua Pulau Pinang dirancang untuk didirikan dan beliau antara yang menolak projek itu atas alasan bakal mengganggu hidupan laut.

"Apabila jambatan didirikan, tiga tahun kemudian di kawasan itulah nelayan boleh mendapat hasil yang tinggi terutamanya udang sehingga 30 kilogram.

"Kalau itulah contoh apabila jambatan didirikan, tidak mungkin lain kejadiannya apabila pulau dibina," katanya. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.147180 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list