CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 1

[Pulau Pinang] Projek PSI: Persatuan nelayan harap dapat jumpa PM esok

[Copy link]
Post time 5-5-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Projek PSI: Persatuan nelayan harap dapat jumpa PM esok


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 5, 2023 @ 4:02pm [email protected]






BAYAN LEPAS: Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara) kian kesuntukan masa dengan tempoh mengemukakan rayuan berhubung kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) Projek Pulau Pinang Selatan berbaki kurang dua minggu.

Pengerusinya, Ibrahim Che Ros, berkata pihaknya bersama peguam kini bertungkus lumus menyiapkan segala dokumen, semakan laporan kelulusan terbaharu dan afidavit untuk dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Kita nampak ujian kali ini terlalu berat dan hebat tetapi kita tidak bersendirian kerana mendapat sokongan penduduk setempat selain pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk golongan bijak pandai dari Kuala Lumpur.

"Kami juga berhubung dengan ramai pihak yang membantu memberi pandangan dan khidmat nasihat bagaimana untuk berurusan mengikut saluran dan prosedur yang ditetapkan," katanya ketika ditemui hari ini.

Sebelum ini Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilapor berkata pihak yang terkesan dengan PSI boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari bermula daripada tarikh laporan EIA dikeluarkan.

Ibrahim berpandangan tempoh 30 hari itu tidak wajar dihitung pada tarikh surat kelulusan 11 April lalu sebaliknya ia harus dikira bermula pada hari Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan kelulusan EIA projek iaitu pada 26 April lalu.

"Ini kerana walaupun projek ini akan melibatkan nelayan tiada sesiapa yang bertemu atau menghubungi kami untuk memberitahu kelulusan EIA dan kami hanya tahu mengenainya daripada laporan media pada hari berkenaan," katanya.

Beliau turut berharap dapat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh esok.

Katanya, Perdana Menteri harus mengotakan janji mendengar suara rakyat yang membantah projek tersebut dengan PEN Mutiara mewakili seramai 6,000 ahli di seluruh Pulau Pinang.

"Kami akan pergi ke sana (Rumah Terbuka Aidilfitri) dan sangat berharap ada ruang untuk kami menyampaikan surat kepada beliau," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PEN Mutiara, Zakaria Ismail berkata Anwar pernah mengadakan perjumpaan dengan komuniti nelayan di Unit Nelayan Sungai Batu Pada 13 Julai 2019 dan mendengar keluhan mereka berkenaan projek PSI.




Ibrahim Che Ros





sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2023 04:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048637 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list