CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang siar 71 syarat JAS terhadap projek PSI

[Copy link]
Post time 5-5-2023 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang siar 71 syarat JAS terhadap projek PSI



Oleh Essa Abu Yamin - Mei 5, 2023 @ 8:45pm [email protected]




Projek Pulau Pinang Selatan (PSI).




KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang menyiarkan dokumen 71 syarat yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kelulusan bersyarat yang diberikan untuk projek Pulau Pinang Selatan (PSI) di laman sesawang rasmi milik kerajaan negeri.

Projek berkenaan akan ditadbir oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PIC) bagi melaksanakan projek penambakan dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Berdasarkan syarat yang ditetapkan, JAS meminta pihak PIC untuk memantau beberapa perkara membabitkan kerja-kerja penambakan pada setiap bulan sehingga projek siap.

Syarat berkenaan termasuk arahan untuk memeriksa kualiti air di empat sungai bersebelahan dengan tapak projek.

Garisan pantai di sepanjang tapak projek berkenaan juga perlu dipantau pada tempoh setiap tiga bulan sekali sepanjang proses penambakan terbabit.

Selain itu, laporan yang diperoleh daripada kerja-kerja pemantauan pantai mesti diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan salinan laporan berkenaan perlu diserahkan kepada bahagian JAS di Pulau Pinang.

Dalam syarat berkenaan juga menyebut pemantauan boleh dihentikan selepas tiga tahun dari tarikh siap projek jika profil pantai stabil dan bergantung kepada kelulusan JPS.

Pihak JAS juga meminta pemantauan kelodak dilakukan secara langsung serta pemantauan air larian dari tapak penambakan dilakukan pada setiap bulan.

Antara syarat lain adalah supaya tangki simpanan konkrit dibina bagi menyimpan dan mengurus bahan kimia, petroleum dan sisatoksik serta pengubahsuaian kawalan di sekitar tangki simpanan bahan kimia.

Selain itu, kontraktor mesti mempunyai rancangan tindak balas kecemasan bagi menangani kemalangan dan sebarang situasi yang tidak dijangka.

Antara lain dalam syarat berkenaan adalah jalan masuk dan jalan pembinaan perlu dibina mengikut jajaran dan spesifikasi rekabentuk dalam
Pelan Susun Atur yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Roda-roda jentera dan kenderaan yang keluar daripada tapak projek mesti dibersihkan terlebih dahulu sebelum memasuki jalan awam.

Projek PSI berkenaan akan meliputi sejumlah 1,620 hektar di bahagian pantai selatan antara Permatang Damar Laut dan Gertak Sanggul.

Penjualan tanah dan hartanah tebus guna akan membantu membiayai Sistem Pengangkutan Inklusif untuk Pulau Pinang (PTMP) dan lebuh raya baharu dan sistem transit akan dibina.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.222606 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list