CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

[Kedah] PH-BN Kedah lancar slogan 'Kalih Bagi Sama' untuk kempen PRN

[Copy link]
Post time 6-5-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode

MAHDZIR (tengah) bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan Umno Kedah di Padang Kerasak. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Padang Terap: Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) Kedah melancarkan slogan 'Kalih Bagi Sama' (Flip It) untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bertujuan menjajarkan pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan selepas pilihan raya.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, menjajarkan pentadbiran kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan penting untuk pembangunan negeri dalam jangka panjang.

Bekas Menteri Besar itu berkata, walaupun tidak ada yang salah dengan pentadbiran pembangkang sesebuah negeri, menjajarkan pentadbiran kerajaan negeri dengan persekutuan adalah pilihan terbaik untuk rakyat.

"Saya tahu daripada pengalaman saya sebagai bekas Menteri Besar sendiri, adalah yang terbaik pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan sejajar antara satu sama lain.

"Bukan apa-apa yang salah dengannya (negeri pimpinan pembangkang) tetapi menyelaraskan dengan kerajaan persekutuan adalah yang terbaik untuk pembangunan negeri.

"Apabila kerajaan negeri dan pusat selaras, kita boleh ketepikan politik dan fokus kepada rakyat, masa depan dan pembangunan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan Umno Kedah sempena Aidilfitri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Parti Amanah Negara Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Majlis itu dihadiri hampir 15,000 orang termasuk orang ramai di sekitar negeri ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir menjelaskan bahawa banyak projek yang dirancang untuk pembangunan negeri memerlukan bantuan Kerajaan Persekutuan.

Beliau turut menegaskan adalah jauh lebih efisien sekiranya kerajaan negeri yang dipilih selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diselaraskan dengan blok Kerajaan Persekutuan.

"Di Kedah, kita boleh lihat beberapa banyak industri dan segmen mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi terhadap hubungan baik kerajaan negeri dengan persekutuan terutama pelancongan.

"Pembangunan perindustrian juga memerlukan kerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian. "Kedua-dua badan itu akan menjadi penting dalam menarik pelaburan langsung asing ke negeri ini.

"Saya hanya sebut dua itu saja, banyak lagi sektor yang memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan seperti pertanian dan pendidikan," katanya.

Sementara itu, Mahfuz berkata, PH-BN Kedah menyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 19 kerusi DUN pada pilihan raya negeri akan datang bagi membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, semuanya sangat positif ketika ini malah mereka memberi fokus pada tugas yang sedang dijalankan dan sudah mengenal pasti tempat duduk (kerusi) yang akan diberi perhatian.

"Kami menyasarkan sekurang-kurangnya 19 kerusi, itu sepatutnya cukup untuk membentuk kerajaan negeri akan datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ma-untuk-kempen-prn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.952153 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list