CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Jangan tukar tengah jalan tak baik' - Mohamad Sabu

[Copy link]
Post time 7-5-2023 08:37 PM | Show all posts |Read mode
'Jangan tukar tengah jalan tak baik' - Mohamad Sabu


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



MOHAMAD ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pasar dan Kompleks Makanan Teluk Kumbar Height, Bayan Lepas di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG




Bayan Lepas: Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Kerajaan Perpaduan bebas menyuarakan kritikan mereka ke arah usaha menjadikan negara ke arah yang lebih baik.

Presiden Parti AMANAH Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata ketika ini kestabilan negara penting terutamanya dalam meningkatkan keyakinan pelabur sekali gus mengukuhkan ekonomi negara.

"(Kepada) yang tak setuju dengan Kerajaan Perpaduan tak apa. (Jika mahu) kempen nak maki kami, maki, boleh hentam dalam empat tahun setengah lagi rakyat sokong, kamu tukar pemerintah jangan tukar tengah jalan tak baik.

"Sebab itulah kalau boleh kalau ada kelemahan kami, bongkarkan buatlah apa program kalau rakyat terima jatuhkan melalui Pilihan Raya Umum akan datang itu cara yang paling baik," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Teluk Kumbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan yang cukup membawa usul berkenaan ke sidang Parlimen.

Beliau menyifatkan Parlimen adalah platform terbaik dalam membuktikan dakwaan tersebut bukan sekadar cakap kosong sekali gus mengesahkan keabsahan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

"Kita memang bersetuju kerana itu tempat terbaik untuk mendapat sokongan (sama ada) cukup atau tidak. Bawalah (usul) kita tiada masalah.

"Kalau ada cukup bilangan untuk buat perubahan kita tak boleh buat apa-apa asalkan ikut Perlembagaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad, berkata pihak yang ingin membawa usul tidak percaya tersebut ke Parlimen dilihat berdepan risiko yang mendedahkan mereka tidak mempunyai angka sokongan yang cukup.

"Tapi kalau mereka bawa usul itu ada risikonya, iaitu akan terdedah bahawa mereka tidak cukup jumlah dan hanya cakap sahaja cakap jadi kita cabar bawalah ke Parlimen, tunjukkanlah jangan cakap di luar saja," katanya.



Disiarkan pada: Mei 7, 2023 @ 7:05pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.706886 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list