View: 287|Reply: 0
|
[Kedah]
JPJ sita kenderaan 'ulat' di LTAL
[Copy link]
|
|

DATUK Lokman Jamaan menunjukkan sebahagian 14 kenderaan yang disita menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram. FOTO Hamzah Osman
Langkawi: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 14 kenderaan 'ulat' kerana menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, semalam.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 44 kenderaan termasuk kereta sewa pandu sendiri, teksi dan e-hailing.
"Kita mempergiat penguatkuasaan terhadap kenderaan perkhidmatan awam (KPA) yang beroperasi di LTAL menerusi Ops Khas KPA selama tiga hari berakhir hari ini (semalam).
"Kenderaan disita kerana menyalahi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Apad) 2010," katanya pada sidang media di pekarangan Pejabat cawangan JPJ Langkawi di sini, malam tadi.
Lokman berkata, dalam operasi membabitkan risikan dan penyamaran itu, masing-masing 15 teksi dan e-hailing diperiksa dan sebelum didapati mematuhi peraturan ditetapkan.
"Operasi ini membabitkan 15 pegawai dan anggota JPJ dari pelbagai negeri dalam usaha memastikan undang-undang penggunaan kenderaan awam dipatuhi sepenuhnya.
"Jadi, orang ramai yang mahu berkunjung ke pulau ini untuk menyaksikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (Lima '23) mulai 23 Mei ini menggunakan kenderaan awam berlesen," katanya.
Beliau berkata, JPJ juga sentiasa melaksanakan strategi advokasi bagi membudayakan pematuhan undang-undang jalan raya seterusnya mengekang isu penipuan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... deraan-ulat-di-ltal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|