View: 272|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Enam beranak hanya mampu makan biskut dan telur
[Copy link]
|
|
A'fiyah hanya mampu berbaring disebabkan kesukaran untuk berjalan ketika ditemui di rumahnya di Rasah Kemayan. FOTO AZRUL EDHAM
Seremban: Ujian bertali arus dihadapi seorang ibu tunggal apabila kehilangan pekerjaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menempuhi fasa bercerai dan terkini terlantar akibat penyakit Rheumatioid Arthritis dan Oasteorthritis.
Ujian berat dihadapi A'fiyah Abdul Fadzil, 48, memaksa dia menjual tiga kereta miliknya selain salah seorang anaknya terpaksa berhenti belajar di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) demi menjaganya.
Wanita terbabit kini buntu apabila terpaksa menanggung kos rawatan mencecah ribuan ringgit sebulan selain masih menanggung tiga anak yang masih belajar.
A'fiyah berkata, wang simpanan dan insurans sudah habis digunakan untuk menanggung keperluan keluarga, kediaman serta kos rawatan.
"Saya kini hanya bergantung kepada belas ihsan jiran, rakan dan saudara-mara.
"Sejak bulan Oktober tahun lalu, lutut saya sakit dan tidak boleh berjalan serta memijak lantai.
"Anak membawa ke klinik kesihatan dan diberikan ubat tahan sakit. Bagaimanapun saya mendapat keputusan Januari lalu bahawa saya menghidap Rheumatioid Arthritis dan Oasteorthritis yang menyerang sendi lutut.
"Lutut jadi bengkak dan sukar bergerak selain beberapa sendi lain juga sakit, malah jari tangan juga membengkak," katanya ketika ditemui di kediamannya, dekat Seremban 2, di sini.
Menurutnya, sebelum ini dia bekerja sebagai pengurus besar sebuah syarikat pembekal minyak bagi cawangan di Manila, Filipina sebelum pulang ke Malaysia dan hilang pekerjaan ketika PKP.
Mohammad Ariq memicit kaki ibunya. FOTO AZRUL EDHAM
"Sepanjang PKP itu, saya kehilangan pekerjaan dan dalam masa sama perlu menanggung keperluan keluarga. Pada 2020 saya berpisah dengan suami dan mendapat hak jagaan lima anak dengan tiga daripadanya masih belajar.
"Namun, apabila diserang sakit dan terlantar menyebabkan saya tidak dapat bekerja. Bagi mengurangkan beban, saya terpaksa menjual tiga kereta," katanya.
Menurut A'fiyah, bayaran rumah yang didiami kini sudah tertangguh selama lima bulan manakala bil utiliti sudah tertunggak lebih RM2,000.
"Sekarang saya hanya fikir untuk teruskan kehidupan sahaja. Makan minum hanya apa yang ada sahaja malah ada ketika hanya makan biskut atau telur sahaja.
"Namun bersyukur kerana jiran, rakan dan ahli keluarga kerana ambil berat mengenai kami. Mereka hantar makanan dan membayar keperluan lain.
"Anak kedua yang berhenti belajar kini sudah bekerja dan dalam masa sama menjaga serta menguruskan saya dengan bantuan anak bongsu berusia 10 tahun. Anak ketiga dan keempat belajar di IPT dan tinggal di kolej.
"Saya kini hanya mahu sembuh dan bekerja untuk membayar tanggungan yang ada. Namun dengan kos rawatan yang mahal dan pemakanan tidak bernutrisi kini mungkin menyebabkan proses sembuh mengambil masa.
"Selain rawatan di hospital, saya cuba melihat alternatif lain, namun melihat kosnya menyebabkan saya membatalkan niat. Ketika ini kos rawatan, susu, suplement dan lampin pakai buang sahaja sudah mencecah RM3,000 sebulan," katanya.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Maybank atas nama A'fiyah 1623 5726 4911 atau terus menghubungi di talian 010 5130053.
A'fiyah melihat imbasan Xray tempurung lututnya. FOTO AZRUL EDHAM
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-biskut-dan-telur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|