CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

[Johor] 'Kalau kamu tidak berubah lepas ini, tak tahulah macam mana' - Hakim

[Copy link]
Post time 18-5-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Mazin (baju hijau) dan Mohd Zaharin Yunus dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Batu Pahat, hari ini. FOTO Ali Iqbal

Batu Pahat: Hakim Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, memberi 'tazkirah' kepada seorang lelaki yang pernah dipenjara kerana kesalahan dadah supaya berubah dan insaf selepas dia sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan sama dilakukannya, Januari lalu.

Muhamad Mazin Abu Zah, 45, yang juga pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sebelum dia mengaku bersalah di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

"Saya harap hukuman ini menjadi titik terakhir untuk kamu dan tidak lagi terjebak dengan dadah. Kalau kamu tidak berubah selepas ini, tak tahulah macam mana.

"Saya tidak tahu macam kamu hendak berubah," kata Harmi Thamri sebelum menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap tertuduh.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Tertuduh sebelum itu hanya mengangguk faham sebaik Harmi Thamri bertanya mengenai pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Menurut fakta kes, tertuduh didapati positif dadah jenis morfin selepas ujian saringan dilakukan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, pada 9 Januari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39C (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibacakan bersama Seksyen 39B akta sama.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan sebagai sebanyak tiga kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga diberitahu, tertuduh sebelum ini pernah dipenjara atas dua sabitan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Harmi Thamri juga menjatuhkan hukuman sama terhadap seorang lelaki lagi tertuduh, Mohd Zaharin Yunus, 47, selepas mengaku bersalah mengambil dadah awal bulan ini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Pusppa Muraiya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira representasi terhadap kesalahan dilakukan serta sebagai pengajaran terhadapnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-macam-mana-hakim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.336052 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list