|
AINUR (kanan) bersama adiknya memasukkan ais dalam kotak gabus. FOTO ihsan Ainur Aliea Abdullah
Johor Bahru: Video TikTok mencetuskan idea kepada seorang gadis dan adiknya untuk mencipta penghawa dingin buatan sendiri bagi menyejukkan ruang rumah.
Ainur Aliea Abdullah, 23, yang tinggal di Ulu Tiram, di sini, berkata, idea mencipta penghawa dingin itu tidak mengambil masa yang lama dan sangat mudah.
Menurutnya, bahan yang diperlukan ialah kotak gabus, botol air mineral, ais, garam dan kipas.
"Pada mulanya, saya meminta kebenaran daripada ayah untuk menggunakan kotak gabus kepunyaannya kerana lebih jimat.
"Anggaran kos diperlukan pula hanyalah kira-kira RM30 selain menggunakan kipas sedia ada di rumah.
"Garam perlu ditabur di dalam kotak gabus disebabkan ia memainkan peranan penting untuk melambatkan proses pencairan ais," katanya ketika dihubungi.
Namun, katanya, nikmat kesejukan itu hanya boleh bertahan antara dua hingga tiga jam di waktu siang dan empat hingga lima jam pada waktu malam.
"Ketika siang, ais lebih cepat cair tetapi jika dipasang ketika waktu malam, angin terhasil lebih dingin," katanya.
Ainur berkata, penghawa dingin itu lebih sesuai diletakkan dalam bilik tidur disebabkan bersaiz kecil.
Dia berkata, dia tidak menyangka video proses pembuatan penghawa dingin yang dimuatnaik di TikTok tular.
Menurutnya, dia seronok dapat berkongsi idea dengan orang ramai dan pada masa sama menimba ilmu baru melalui cadangan warganet di ruangan komen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ciptaan-ainur-aliea |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|