CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Kedah] Polis tahan pemandu lori, rampas rokok seludup bernilai RM192,000

[Copy link]
Post time 21-5-2023 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Polis merampas 64 kotak mengandungi 3,200 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM192,000 dalam lori 10 tan di Jalan Lunas Kelang Lama, semalam. - Foto PDRM

KULIM: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 3,200 karton rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM192,000 di Jalan Lunas Kelang Lama, di sini semalam.

Rokok seludup berkenaan ditemukan dalam lori dipandu suspek berusia 33 tahun ketika ditahan untuk pemeriksaan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata sepasukan polis yang menerima maklumat kes berkenaan menahan lori dipandu lelaki terbabit jam 2.45 pagi.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui 64 kotak yang setiap satunya mengandungi 50 karton rokok seludup dalam lori 10 tan dipandu lelaki terbabit.



"Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit kes jenayah dan kita merampas sebuah lori, 64 kotak mengandungi rokok, tujuh kunci serta telefon bimbit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana disyaki membawa rokok seludup tanpa membayar cukai.

Orang ramai diminta membantu polis dalam pencegahan jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada bilik gerakan Ibhu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 04-4906222.
https://www.bharian.com.my/berit ... p-bernilai-rm192000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063540 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list