KEPALA BATAS: Jabatan Seni Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan solat hajat perdana bagi memohon keselamatan Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Muhammad Hawari Hashim, 33.
Muhammad Hawari yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dilapor hilang selepas berjaya menawan puncak Everest.
Menerusi kenyataan di Facebook, Unit Penerangan dan Media Baharu DACS, majlis berkenaan akan dianjur di Masjid Kampung Banggol, Pokok Sena di sini, selepas solat Isyak, malam ini.
Katanya, orang ramai dijemput menyertai solat hajat berkenaan bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan Muhammad Hawari.
Menurut kenyataan itu, anak jati Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor berkenaan dijadual berada di Nepal pada 1 April sehingga 11 Jun ini dalam misi menawan puncak Everest.
"DACS simpati dan memohon rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kebaikan buat Muhammad Hawari dan berharap semoga beliau dijumpai secepat mungkin dalam keadaan selamat," katanya.

Muhammad Hawari mahu jadi OKU pertama negara tawan puncak Gunung Everest. - Foto Ihsan Muhammad Hawari Hashim
sumber