|

POLIS merampas 64 kotak mengandungi 3,200 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM192,000 dalam lori 10 tan di Jalan Lunas Kelang Lama, di sini semalam. FOTO IHSAN PDRM
Kulim: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 3,200 rokok tidak bercukai kastam dianggarkan bernilai RM192,000 di Jalan Lunas Kelang Lama, di sini, kelmarin.
Rokok seludup berkenaan ditemukan dalam lori yang dipandu suspek berusia 33 tahun ketika dia ditahan polis untuk pemeriksaan di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, sepasukan polis yang menerima maklumat berhubung kes berkenaan menahan lori dipandu lelaki terbabit jam 2.45 pagi.
"Hasil pemeriksaan lanjut polis berjaya menemui 64 kotak yang setiap satunya mengandungi 50 karton rokok seludup dalam lori 10 tan dipandu lelaki terbabit.
"Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit kes jenayah dan kita merampas sebuah lori, 64 kotak mengandungi rokok, tujuh kunci serta telefon bimbit," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana disyaki membawa rokok seludup tanpa membayar cukai.
Orang ramai diminta membantu polis dalam pencegahan jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada bilik gerakan Ibhu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 04-4906222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-bernilai-rm192000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|