CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2872|Reply: 0

SHAHAROM HUSSAIN MENULIS KE AKHIR HAYAT

[Copy link]
Post time 13-12-2010 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Ketika Catatan ini ditulis dan disiarkan dalam Utusan Zaman pada 2004, Allahyarham
SHAHAROM HUSSAIN MENULIS KE AKHIR HAYAT
Shaharom Hussain masih lagi aktif menulis. Setiap kali berkunjung ke Johor Bahru, saya akan menemuinya di kediamannya di Kempas. Beliau gembira dapat bertemu dengan kawan-kawan, terutama dari Kuala Lumpur. Dan seperti biasa beliau akan memaklumkan bahawa pada sebelah paginya beliau akan berada di pusara isterinya di Tanah Perkuburan Mahmudiah. Setahun yang lalu saya menemuinya di rumah anaknya, Dr. Hatta di Gombak. Shaharom kelihatan begitu uzur.

Kata-katanya juga tidak menunjukkan bahawa beliau kencang berbual seperti selalunya. Setelah sejam bersamanya beliau minta diri masuk ke kamarnya untuk beristirehat. Itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya. Kami sempat berbual secara ala-kadar kerana beliau berada dalam keadaan ingat-ingat lupa. Rencana yang saya tulis di bawah ini berupa catatan saya bersandarkan Seminar Pemikiran Shaharom Hussain yang diadakan di Johor Bahru, tajaan Yayasan Warisan Johor pada April 2004.

Orang lama dalam komuniti budaya Johor, Haji Hamdan Abd. Rahman, terlalu kecewa dengan pendekatan seminar pemikiran Shaharom Hussain yang diadakan di Johor Bahru 4 Mei 2004 yang lalu. Menurutnya seminar tidak mencapai tujuan sebenarnya. Sambil membelek-belek kertas beberapa kertas kerja yang dibentangkan hari itu, Hamdan Rahman “tidak melihat pemikiran tokoh budaya Shaharom”. Katanya, “Tidak ada satu pun kertas hari ini, kecuali yang dikemukakan Hamdan Yahya, yang menyentuhnya.” Hamdan Yahya adalah bekas pengarah Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Drama “Si Bongkok Tanjung Puteri” merupakan drama terbaik yang pernah dihasilkan Shaharom daripada sejumlah tujuh karya yang dihasilaknnya. Kesemua tujuh buah drama ini telah dibukukan, iaitu “Si Bongkok Tanjung Puteri”(1962), “Harimau Johor” (1962), “Tun Seri Lanang” (1968), “Balang Emas” (1964), “Tonggak Kerajaan Johor” (1957), “Tun Fatimah” (1964) dan “Wak Cantok” (1965).

Di samping drama, Shaharom turut menghasilkan 18 novel sejarah, termasuk 12 novel sejarah. Dua novel terakhirnya ialah “Di Bawah Hujan Peluru” yang diterbitkan oleh AF Communications pada tahun 2002 dan “Di Bawah Bulan dan Matahari” (2004). Enam buku sejarah telah juga diterbitkan, terakhir “Sejarah Johor” yang terbit pada tahun 1998. Sementara empat buah buku pengembaraan dan tiga buku umum sastera melengkapi penghasilan karya sasteranya sepanjang hampir 50 tahun berkarya.

Hamdan Rahman mahu pihak berwajib memberikan sesuatu yang setimpal sebagai mengenang sumbangan Shaharom yang berusia 85 tahun tapi masih mampu berkarya. Beliau mencadangkan Yayawan Warisan Johor dan Gapena mencari jalan agar Shaharom dianugerahkan gelaran Datuk atau gelaran yang setimpal. Malah, katanya, “Shaharom sudah lebih daripada sepatutnya dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara.”

Walaupun tidak begitu dibicarakan di peringkat nasional, Shaharom mula mendapat tempat, setidak-tidaknya di hati orang Dewan Bahasa. Ketua Pengarahnya, Datuk Haji Aziz Deraman dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Apabila kita menyentuh mengenai jasa Shaharon Husain yang begitu banyak dalam kesusasteraan Johor dan negara pula, ia wajar dicontohi oleh generasi muda.” Ucapan ini dianggap satu pengiktirafan oleh kerajaan terhadap ksumbangan Shaharom dalam dunia kesusasteraan tanah air.

Begitu juga halnya dengan kerajaan Johor yang memberikan pengikritarafan. Menteri Besar Johor, Datuk Haji Abdul. Ghani Othman ketika merasmikan seminar dan seterusnya melancarkan buku “Shaharom Husain Gapura Sastera Johor” berkata kerajaan Johor mahu Yayasan Warisan Johor menerbitkan semula karya-karya sasterawan Shaharom untuk dijadikan bahan rujukan oleh aktivis sastera, terutama di kalangan generasi muda.

Antara resolusi yang diterima ialah kerajaan Johor diminta menamakan sebatang jalan di bandar Johor Bahru sebagai Jalan Shaharom Husain. Kerajaan Johor digesa menamakan sebuah bangunan atau institusi dengan nama Shaharom. Kediaman Gapura Sastera dicadangkan dijadikan Galeri Gapura Sastera Negeri Johor. Jika resolusi ini dapat dilaksanakan maka setikda-tidaknya harapan orang lama budaya Johor Hamdan Rahman tidak lagi murung melihat keadaan Shaharom seperti disisihkan dengan karyanya tidak dihargai.

AL- FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM CIKGU SHAHAROM HUSSAIN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.275829 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list