CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Kedah] Ruangan khas dalam kereta terbongkar

[Copy link]
Post time 25-5-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

ALOR SETAR 24 MEI 2023. Rampasan dadah jenis ganja di hadapan sebuah restoran di hadapan sebuah hospital, di Jalan Langgar.NSTP/IHSAN PDRM

Alor Setar: Polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah dalam dua serbuan di Alor Setar dan Sungai Petani pada Isnin dan semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, serbuan pertama dilakukan di perkarangan tempat letak kereta di restoran di hadapan hospital, di Jalan Langgar, 8.30 malam, Isnin lalu, hasil maklumat dan risikan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun ditahan selepas keluar dari kereta itu.

"Hasil pemeriksaan di tempat duduk penumpang hadapan menemui sebuah beg hitam yang mengandungi lima ketulan mampat plastik lutsinar berisi tumbuhan-tumbuhan kering disyaki dadah ganja anggaran berat 5,010 gram," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Hassan berkata, susulan daripada kes itu, pegawai dan anggota JSJN Kedah menahan dua lelaki berusia 21 tahun yang menaiki motosikal di Taman Seruling, Sungai Petani dan meletakkan beg hitam di atas tanah.

Beliau berkata, pemeriksaan beg itu mendapati di dalamnya mengandungi lima ketulan mampat plastik lutsinar berisi tumbuhan-tumbuhan kering disyaki ganja anggaran berat 5,004 gram.

"Kedua-dua lelaki terbabit ditahan manakala ganja berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut," katanya.

Susulan daripada itu, pada 1.20 tengah hari sama, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap kereta di tepi lorong Kawasan Perumahan Kampung Batu 2, Sungai Petani dan menemui 15 bungkusan plastik lutsinar berisi tumbuhan-tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 15,028 gram di ruangan khas di belakang kusyen penumpang belakang.

"Kesemua tangkapan itu direman selama tujuh hari sehingga 29 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jumlah rampasan dadah ganja sebanyak 25,042 gram dan nilai rampasan dadah RM77,630 manakala nilai sitaan harta RM4,109," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-kereta-terbongkar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.312399 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list