CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tangan nakal tukar KFF 2 jadi FF 2

[Copy link]
Post time 29-5-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR tular Perodua Bezza yang didakwa menggunakan nombor pendaftaran berharga RM638,000.

Kuala Lumpur: Kereta Perodua Bezza yang didakwa menggunakan nombor pendaftaran FF 2 berharga RM638,000 seperti tular di media sosial, disahkan hanya gambar suntingan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, semakan pihaknya mendapati nombor asal kenderaan terbabit adalah KFF 2 dan bukan seperti ditularkan.

Beliau mengesahkan warganet menyunting bahagian nombor plat kenderaan itu sekali gus mengubah nombor asalnya.

"Secara amnya, JPJ tiada isu jika nombor pendaftaran FF 2 didaftarkan pada mana-mana kenderaan, sekali pun pada motosikal.

"Sebab, pihak kerajaan/JPJ sudah menerima sejumlah bayaran oleh pembida yang berjaya semasa sesi bidaan (dalam talian @JPJebid), untuk nombor berkenaan.

"Bagaimanapun, situasi adalah berbeza jika setelah siasatan pihak jabatan mendapati bahawa wujud modifikasi kepada nombor pendaftaran daripada KFF 2 kepada FF 2," katanya kepada Harian Metro.

Zailani berkata, jika terbukti berlaku kesalahan modifikasi nombor pendaftaran, tindakan penguatkuasaan boleh diambil atas kesalahan pemalsuan nombor plat kenderaan.

Katanya, siasatan boleh dibuat mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kar-kff-2-jadi-ff-2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.130063 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list