CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Kiyai' kaki auta, dakwa tarik duit dari alam ghaib

[Copy link]
Post time 1-6-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN gambar yang tular di media sosial. FOTO Tular

Kuala Lumpur: Menggunakan gelaran Kiyai dan mempromosi kononnya mampu menarik duit dari alam ghaib dengan memperdayakan orang ramai bahawa ia sah dan halal di sisi Islam.

Itu taktik dilakukan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia yang giat mempromosi tawaran menarik wang kepada mereka yang terdesak memerlukan wang segera melalui media Facebook dan telegram.

Malah bagi meyakinkan mangsa lelaki itu turut menunjukkan kaedah menarik wang itu dengan menayangkan video di Facebooknya berserta pelanggannya yang kononnya berjaya memperoleh wang secara mudah dan berganda hanya dalam tempoh tiga jam.

Akibatnya ada mereka yang ghairah mahukan wang segera itu bukan sahaja tidak dapat menggandakan wangnya malah kerugian selepas dilarikan Kiyai terbabit.

Menurut sumber, seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM15,000 selepas terpedaya dengan helah suspek yang kononnya menawarkan perkhidmatan itu dengan menjanjikan pulangan lumayan mencecah RM50,000

"Mangsa pada mulanya tertarik dengan iklan yang dipromosi lelaki terbabit dan dia terus menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp sebelum dia ditawarkan beberapa pakej untuk menarik wang.

"Mangsa kemudian memilih pakej paling murah dan kemudian memindahkan wangnya ke akaun Western Union yang diberikan suspek sebanyak beberapa kali sejak awal bulan lalu mencecah RM15,000," katanya.

Sumber berkata, malah hasil pembayaran itu juga kononnya akan disalurkan sebagai bayaran zakat dan anak yatim sebagai langkah untuk proses menarik wang itu berjaya.

"Namun selepas memindahkan wang itu, mangsa mula berasa curiga selepas masih tidak memperoleh wang dijanjikan sebaliknya lelaki itu berterusan meminta wang daripadanya.

"Wanita itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi Ahad lalu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan menerima laporan dibuat oleh mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... uit-dari-alam-ghaib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.708870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list