CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Melaka] Duda cederakan bekas isteri kerana rebut anak didenda RM1,000

[Copy link]
Post time 1-6-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode

SYAZWAN Izzudin didenda RM1,000 kerana cederakan bekas isteri gara-gara berebut anak. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Pekerja kilang elektronik didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isteri kerana berebut anak.

Hukuman diputuskan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas menerima pengakuan bersalah dan mensabitkan tertuduh, Syazwan Izzudin Samsudin, 30, dengan pertuduhan pilihan pada sebutan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memaklumkan representasi dihantar peguam bela adalah ditolak, namun pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan yang mana tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Norfarhana Azlin Azman, 24, yang ketika itu isterinya dengan cara memukul mangsa menggunakan tangan di bahagian kiri muka, lengan, leher dan badan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kaki lima hadapan pintu masuk sebuah klinik di Taman Cempaka kira-kira jam 10 malam, 14 Ogos 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, kejadian berpunca daripada salah faham antara tertuduh dengan mangsa kerana berebutkan anak mereka yang ketika itu berusia tujuh bulan.

Kejadian berlaku sewaktu bayi itu tidak sihat dan tertuduh ingin membawanya ke klinik lain namun dihalang oleh mangsa menyebabkan dia dipukul dan mengalami kesakitan serta lebam di pipi kiri, badan dan tangan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri meminta supaya hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Peguam Haslinda Abu Bakar memohon supaya tertuduh tidak dipenjarakan dan hanya dikenakan denda ringan atas alasan itu kesalahan pertamanya dan dia sudah insaf serta berjanji tidak mengulangi kesalahan.

Katanya, kejadian berlaku kerana tertuduh ingin memberikan rawatan terbaik untuk anak lelakinya dan dia perlu berada bersama keluarga untuk menanggung anak dan ibunya dengan bekerja di sebuah kilang elektronik.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan jika gagal dibayar.

Tertuduh kemudian membayar denda itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anak-didenda-rm1000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.356010 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list