CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Pulau Pinang] 4 feri baharu Pulau Pinang bakal beroperasi Ogos nanti

[Copy link]
Post time 3-6-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode

Antara feri yang diperiksa oleh Pasukan Pemeriksa Kapal JLM di Damen Song Cam di Haiphong, Vietnam.

PUTRAJAYA – Pulau Pinang dijangka memperolehi empat buah feri baharu pada Julai depan bagi memudahkan urusan pengangkutan orang ramai ke pulau berkenaan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan, feri yang bakal diterima itu bagi membawa motosikal dan pejalan kaki dijangka akan memulakan operasi pada Ogos ini.

JLM juga, turut memuat naik gambar feri itu ketika tinjauan dilaksanakan Pasukan Pemeriksa Kapal di limbungan Damen Song Cam di Haiphong, Vietnam kelmarin.

“Kumpulan tersebut yang diketuai Timbalan Pengarah Laut Wilayah Utara giat melakukan proses uji terima aspek keselamatan untuk empat buah feri baharu berkenaan,” katanya di sini.

Syarikat Damen yang berpangkalan di Belanda, menerima kontrak pembinaan feri model baharu dikenali sebagai Damen Ferry 3508 daripada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

Setiap buah feri mampu mengangkut kapasiti maksimum 250 penumpang pejalan kaki serta 50 penunggang motosikal dan basikal dalam kawasan terlindung dengan pendingin udara.

Penambahbaikan itu bakal membolehkan ketibaan feri setiap 15 minit ketika waktu puncak dengan keupayaan 2.5 juta pejalan kaki dan 1.5 juta penunggang motosikal setiap tahun. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... operasi-ogos-nanti/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060131 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list