CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Sejarah memihak Sanusi, undang-undang memihak kepada kami'

[Copy link]
Post time 3-6-2023 08:06 PM | Show all posts |Read mode
'Sejarah memihak Sanusi, undang-undang memihak kepada kami'


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



CHOW (kiri) bersama Adun Sungai Puyu Phee Boon Poh (dua dari kanan) menandatangani plak dan merasmikan Pusat Penang 2023 Kerajaan Negeri Pulau Pinang Kadun Sungai Puyu. FOTO Mikail Ong.




Butterworth: Kerajaan Pulau Pinang kini menunggu tindakan lanjut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang menyatakan kesediaan untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pihaknya yakin untuk berdepan tuntutan itu dengan kedudukan Pulau Pinang sebagai satu daripada negeri dalam Malaysia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia, katanya, diperkuatkan lagi dengan adanya Akta Kedah Pulau Pinang-Kedah Pengubahan Sempadan 1985 (Akta 325) yang menjelaskan secara terperinci kedudukan sempadan kedua-dua negeri berkenaan.

"Inilah lunas undang-undang yang mengawal selia sempadan negeri-negeri di seluruh negara. Maka kita masih bergantung kepada undang-undang dan kalau Sanusi rasa sejarah memihak kepada dia, memang benar sejarah memihak kepada dia.

"Undang-undang memihak kepada kami, undang-undang tidak memihak kepada Sanusi," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Penang 2030 Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Sungai Puyu, di sini hari ini.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah semalam bahawa beliau mempunyai banyak 'sandaran' dalam isu berkenaan, Kon Yeow berkata, terpulang kepada Muhammad Sanusi untuk mengemukakan bukti kepada mahkamah berhubung perkara itu.

"Kita tunggu dia ambil tindakan. Saya setiap kali ditanya, jawapan saya ringkas, padat dan senang, jumpa di mahkamah. Maksudnya dia perlu ambil tindakan sebab dia yang tuntut, bukan kami yang ingin tuntut.

"Jadi itu terpulang kepada tindakan beliau untuk teruskan. Apapun kita akan mempertahankan kedaulatan Pulau Pinang," katanya.

Semalam, Muhammad Sanusi juga dilaporkan berkata, beliau sedia disiasat polis berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa Pulau Pinang adalah hak Kedah dan negeri diterajuinya itu hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.



Disiarkan pada: Jun 3, 2023 @ 7:04pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2023 10:49 PM | Show all posts
'Tolong belajar sejarah, jangan bercakap seperti orang gila...'


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Jun 3, 2023 @ 8:37pm [email protected]




Muhammad Sanusi (kiri) dan Mahfuz.




ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyarankan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan saluran mahkamah sekiranya ingin mengambil Pulau Pinang.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), berkata ini kerana dakwaan Muhammad Sanusi kononnya Pulau Pinang adalah milik Kedah membuatkan orang ramai marah.

"Saya percaya beliau cuba bermain isu murahan seperti ini untuk membangkitkan isu perkauman dan cuba menjadi relevan.

"Andainya benar beliau ingin mengambil Pulau Pinang, pergilah menggunakan saluran mahkamah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mahfuz berkata, tindakan dilakukan Muhammad Sanusi itu jelas menghina institusi raja dan Perlembagaan negara, malah sikap itu tidak menggambarkan sifat orang Kedah.

"Sudah ada beberapa sarjana yang menulis mengenai sejarah Kedah dan Pulau Pinang.

"Saya sarankan beliau mempelajari sejarah dan tidak bercakap seperti orang gila," katanya.

Kelmarin, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata beliau sedia ke mahkamah berhubung dakwaannya bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Malah, beliau juga sedia disiasat berhubung dakwaan itu kerana mendakwa mempunyai banyak sandaran (bukti) mengenainya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.266153 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list