CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

[Melaka] Eksekutif akaun didakwa pecah amanah wang majikan RM680,000

[Copy link]
Post time 20-6-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA: Seorang eksekutif akaun sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan wang majikannya berjumlah RM680,108.13, empat tahun lalu.

Tertuduh, Tan Siau Ling, 43, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail.

Di Mahkamah Sesyen 3, tertuduh sebagai Eksekutif Akaun di Syarikat Hap Yeng Seng Sdn Bhd, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dengan memindahkan wang berjumlah RM293,249.28 daripada akaun United Overseas Bank milik syarikat berkenaan dalam amaun berbeza ke tiga akaun bank miliknya iaitu Maybank, CIMB dan Public Bank.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di premis syarikat itu di No 32-1, Jalan PM 5 Plaza Mahkota Melaka pada tarikh berbeza iaitu antara 4 Julai hingga 23 Oktober 2019 dan antara 20 Ogos hingga 24 September 2019.


Semua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin berhujah bahawa tiada jaminan ditawarkan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan bergantung kepada budi bicara mahkamah.

Katanya, sekiranya mahkamah ingin memberikan jaminan pihaknya memohon RM80,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa untuk simpanan mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan tidak mempunyai wang termasuk untuk melantik peguam.

Hakim Darmafikri membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat seperti dipohon pendakwaan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 2, tertuduh berdepan tiga lagi pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai RM386,858.85 iaitu dengan memasukkan wang berkenaan dalam amaun berbeza ke dalam akaun peribadinya serta akaun syarikat milik suaminya, Yew Meng Kiat Ent.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tempat sama pada tarikh berbeza antara 24 Mei hingga 14 Oktober 2019, 15 hingga 28 Ogos 2019 dan 11 September 2019

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan, namun Hakim Mohd Sabri mengurangkan kepada RM35,000 selepas dirayu tertuduh atas alasan sama.

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 18 Julai depan bagi lantikan peguam.


Tan Siau Ling dituduh atas enam pertuduhan pecah amanah wang syarikat bernilai lebih RM680,000, empat tahun lalu - Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

https://www.bharian.com.my/berit ... ng-majikan-rm680000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.054900 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list