CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

[Selangor] Penyelenggara lif ditahan, samun warga asing

[Copy link]
Post time 22-6-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Kegiatan seorang penyelenggara lif menyamun warga asing terbongkar selepas dia ditahan dalam serbuan di Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 25 tahun yang juga pengurus pengawal keselamatan dimaklumkan pekerjanya didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang masuk ke dalam rumah pekerja itu di Jalan Bandar 4, Taman Melawati, di sini, pada 12 Jun lalu.

"Dalam kejadian jam 10.04 pagi itu, suspek dikatakan membuat pemeriksaan terhadap pekerja pengadu dan mengambil wang tunai sebanyak RM2,000 dan kad ATM milik salah seorang pekerja sebelum melarikan diri.

"Susulan itu, kami menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penyelenggara lif dalam serbuan di Setapak, jam 2.25 pagi semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, modus operandi suspek adalah menjalankan aktiviti samun bersendirian dengan menyasarkan mangsa dalam kalangan pekerja asing.

Katanya, hasil kegiatan samun dipercayai digunakan untuk diri sendiri.

"Kami merampas sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil kegiatan samun dalam serbuan terhadap suspek.

"Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai 11 rekod bagi kesalahan kes jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing dilakukan terhadap lelaki itu didapati negatif dadah," katanya.

Katanya, suspek direman sehingga 27 Jun ini bagi membantu siasatan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-samun-warga-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069500 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list