View: 239|Reply: 0
|
[Selangor]
Tiada kenaikan tarif air di Selangor - MB
[Copy link]
|
|
Shah Alam: Tiada kenaikan tarif air di Selangor sebagaimana dakwaan beberapa laporan berita berhubung perkara itu baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.
"Saya merujuk kepada beberapa laporan berita yang mengatakan tarif air di Lembah Klang akan naik tahun ini.
"Sehingga ini, Kerajaan Negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, fokus utama pentadbiran ini adalah menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.
"Kerajaan negeri komited memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -air-di-selangor-mb |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|