CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: Manifesto Pulau Pinang selari visi Penang2030

[Copy link]
Post time 6-7-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
PRN: Manifesto Pulau Pinang selari visi Penang2030



Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



CHOW Kon Yeow. FOTO Arkib NSTP




Georgetown: Ketua Menteri Chow Kon Yeow memberi gambaran bahawa manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diumumkan adalah berlandaskan visi Penang2030.

Katanya, manifesto yang lengkap itu akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.

"Kita masih ada masa kira-kira tiga minggu bagi memperincikan dan sememangnya visi Penang2030 menjadi asas.

"Sememangnya ia menjadi agenda utama kita pada lima tahun pertama dan akan diteruskan sekiranya satu mandat dapat diperbaharui.

"Tetapi manifesto mungkin tidak dapat menggariskan semua dalam Penang2030, mungkin prestasi yang kita capai akan jadi pendahuluan kepada manifesto itu, manakala isi kandungan khusus kepada isu yang ingin kita lakukan," katanya ketika ditemui media dalam satu majlis di Lebuh Acheh di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lanjut Kon Yeow berkata gabungan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu mengetepikan segala halangan sekiranya mahu memenangi PRN kelak.

Kon Yeow berkata demikian ketika mengulas mengenai penarikan diri dua parti komponen MCA dan MIC yang mengumumkan untuk tidak bertanding pada PRN enam negeri.

"Memandangkan rundingan kerusi berlandaskan beberapa prinsip dan mereka (MIC dan MCA) ada menyatakan hasrat bagi bertanding, tetapi saya tidak terima sebarang keputusan muktamad.

"Kedua-dua parti sudah mengumumkan hasrat mereka walaupun tidak bertanding, tetapi masih menyuarakan kesungguhan bagi bersama-sama dalam kempen untuk memastikan kemenangan Kerajaan Perpaduan pada PRN di negeri berkenaan," katanya.



Disiarkan pada: Julai 6, 2023 @ 11:19am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.104124 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list