CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 6

Kerani, Remaja Maut Dirempuh Pemandu SUV Silau

[Copy link]
Post time 17-7-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh dua motosikal menyebabkan kematian kerani dan remaja lelaki di Jalan Pulau Gadong di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa, Nurul Rahimah Abdul Samad, 32, dan Iman Nur Azrin Noriman, 18, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.




Dua maut selepas motosikal ditunggangi masing-masing dirempuh sebuah kenderaan SUV di Jalan Pulau Gadong di Melaka, pagi tadi.




Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dan Honda Ex-5 dalam perjalanan dari arah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) ke Klebang.


“Setiba di lokasi, mangsa bagaimanapun dirempuh sebuah SUV jenis Hyundai Tuscon dipandu lelaki berusia 36 tahun yang telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.


“Akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala pemandu mengalami kecederaan ringan di muka,” katanya.


Difahamkan laporan polis dibuat oleh pemandu terbabit mendakwa matanya mengalami silau sehingga menyebabkannya gagal mengawal kenderaan terbabit.


Mengulas lanjut Christopher berkata, siasatan pegawai penyiasat di lokasi m mendapati nahas berlaku di jalan dua lorong, manakala cuaca dalam keadaan baik dan kering.


“Setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan.


“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya pemandu kereta ni...dua sekali dia bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Silau is no joke bila bwk keta.
Harap driver ni xmenipu & malam² xleh tdoq sbb langgaq mati ank/bini org
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg le silau boleh berlaku tapi bukannya tetiba cahaya matahari tu jadi silau...lain la ada org tembak pakai laser kat mata mcm yg main laser dlm stadium time tgk bola
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang benci SUV ni....
Bawak mcm jln tu abah dorang yg punya.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
8.20am.. betul silau. Matahari naik tepat kena mata. Aku pun stress.. jenuh kecik2 kan mata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2023 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059571 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list