View: 315|Reply: 0
|
Rublev rangkul kejuaraan kedua musim ini
[Copy link]
|
|
Rublev rangkul kejuaraan kedua musim ini
RUBLEV berjaya muncul juara Terbuka Sweden. FOTO Agensi
Bastad: Andrey Rublev dari Rusia memenangi gelaran keduanya musim ini di Terbuka Sweden di Bastad dengan kemenangan straight set ke atas pilihan utama Casper Ruud.
Pilihan kedua itu menang menerusi 7-6 (7/3), 6-0 menentang pemain nombor empat dunia dari Norway untuk gelaran ke-14 dalam kariernya dan kedua musim ini selepas Masters Monte Carlo pada April lalu.
Selepas set pertama yang sengit, Rublev, 25, mengawal kedudukan, memenangi 80 peratus mata servis pertamanya untuk melakar kemenangan selepas satu jam 33 minit.
Walaupun menjadi pakar gelanggang tanah liat dengan sembilan daripada sepuluh gelarannya, termasuk Bastad pada 2021, secara luaran, Ruud tidak dapat mencari penyelesaian kepada kehebatan permainan Rublev.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aan-kedua-musim-ini
|
|
|
|
|
|
|
| |
|