View: 343|Reply: 0
|
Perenang muda Australia lebur rekod dunia
[Copy link]
|
|
Mollie memperbaharui rekod dunia dalam acara 200m gaya bebas wanita di Kejohanan Renang Dunia, hari ini. Foto AFP.
FUKUOKA: Perenang muda Australia, Mollie O'Callaghan mencipta sensasi apabila meleburkan rekod dunia dalam acara 200 meter (m) gaya bebas wanita sekali gus memenangi pingat emas dengan catatan 1 minit, 52.85 saat (s) di Kejohanan Renang Dunia di sini, hari ini.
Mollie, 19, memadam rekod lama 1:52.98s yang dilakukan Federica Pellegrini dari Itali di kejohanan sama pada 2009 di Rom dan berada 0.16s di hadapan pemenang pingat perak yang juga rakan senegaranya, Ariarne Titmus.
"Saya sangat terkejut ketika ini kerana saya mengalami kecederaan dan saya hanya mahu menikmati renangan saya.
"Saya sangat gembira. Tampil dengan rekod dunia adalah sesuatu yang menakjubkan," kata Mollie.
Perenang Kanada, Summer McIntosh melengkapkan kedudukan podium apabila meraih gangsa.
Sementara itu, Ahmed Hafnaoui dari Tunisia memenangi acara 800m gaya bebas lelaki.
Hafnaoui mencatat masa 7:37.00s, mengatasi perenang Australia, Sam Short (7:37.76s) dan Bobby Finke dari Amerika Syarikat (7:38.67). - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-lebur-rekod-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|