View: 1475|Reply: 0
|
Umar pecah rekod kebangsaan di Chengdu
[Copy link]
|
|
UMAR merakam rekod baharu kebangsaan itu membolehkannya menamatkan pusingan saringan pertama di kedudukan kedua. FOTO Ihsan Kementerian Pengajian Tinggi
Kuala Lumpur: Pelari 400 meter (m) negara, Umar Osman mencetuskan sensasi pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China apabila mencatat rekod baharu kebangsaan, hari ini.
Atlet kelahiran Johor itu mencatat masa 46.33 saat (s), 0.01s lebih pantas daripada catatannya ketika memenangi pingat emas di Sukan Sea Kemboja dekat Phnom Penh, Mei lalu.
Kejayaan merakam rekod baharu kebangsaan itu membolehkannya menamatkan pusingan saringan pertama di kedudukan kedua di belakang pelari Australia, Holder Reece Nathaniel yang mencatat masa 46.10s.
"Saya sangat bersyukur dan gembira terutamanya selepas melihat rekod kebangsaan dipecahkan.
"Sasaran saya di separuh akhir esok, saya akan mengekalkan catatan masa itu dan cuba meningkatkan lagi kepantasan untuk sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan sekali gus melayakkan diri ke final," kata Umar.
Atlet berusia 20 tahun itu dan Shereen Samson Vallabouy muncul dua atlet trek yang berjaya menyumbang pingat emas dalam acara olahraga di Sukan Sea Kemboja, Mei lalu.
Tiga lagi pingat emas di temasya itu disumbangkan atlet dari acara padang.
Pada Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand bulan lalu, Umar kurang menyerlah apabila gagal mara ke final selepas menamatkan aksi separuh akhir 1 di tempat keempat dengan catatan 46.42s.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bangsaan-di-chengdu |
|
|
|
|
|
|
| |
|