CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1900|Reply: 0

[Johor] Kembara Mahkota Johor 2023 bermula, dipimpin TMJ

[Copy link]
Post time 5-8-2023 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Kembara Mahkota Johor 2023 bermula, dipimpin TMJ


FOTO Ihsan RPO


Johor Bahru: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 bermula hari ini, selepas tiga tahun tidak dianjurkan berikutan pendemik Covid-19 sejak 2019.

Menurut hantaran media sosial, Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, jelajah KMJ buat julung kalinya dipimpin Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Berangkat bersama dalam konvoi Diraja, Isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Besar Khaleeda; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Ibrahim.

Turut berangkat sama Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Sementara itu turut berangkat menyaksikan majlis pelepasan KMJ 2023 di Istana Pasir Pelangi, hari ini ialah Tunku Tun Aminah Ibrahim.

Acara pelepasan konvoi Diraja Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini dengan disempurnakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

KMJ adalah ilham Sultan Ibrahim pada tahun 2001 sewaktu itu Baginda ialah Tunku Mahkota Johor, bagi menyelami denyut nadi rakyat jelata.

Sejak itu, KMJ menjadi salah satu acara utama tahunan negeri Johor dan telah merapatkan perhubungan Istana Johor di hati rakyat.

Bagi Jelajah KMJ Edisi Ke-23 ini, merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer.

Perjalanan selama tempoh empat hari dan tiga malam itu, pada hari ini akan menempuh perjalanan sejauh 204 km melalui Ulu Tiram, Kota Tinggi dan Mersing. Pada hari kedua pula meliputi jarak perjalanan sejauh 321 km, melalui daerah Kluang, Segamat dan Tangkak.

Diikuti hari ketiga perjalanan sejauh 176 km meliputi laluan di daerah Muar dan Batu Pahat. Dan hari keempat menempuh perjalanan sejauh 181 km Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ermula-dipimpin-tmj

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050879 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list