View: 1468|Reply: 0
|
Jijoe pencabar utama keirin dunia - Beasley
[Copy link]
|
|
Datuk Azizulhasni Awang kecewa apabila kemenangannya ke atas pelumba Australia, Tom Cornish dibatalkan pada pusingan kedua acara pecut individu Kejohanan Berbasikal Dunia di Glasgow, Scotland kelmarin. – Foto AFP
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tetap dianggap pencabar utama pingat dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland biarpun disingkirkan pada pusingan kedua acara pecut individu, kelmarin.
Ketua jurulatih negara, John Beasley berkata pelumba berusia 35 tahun itu mempamerkan prestasi yang baik ketika pusingan kelayakan acara pecut apabila merakam masa keempat terpantas dengan catatan 9.584 saat.
Katanya, Azizulhasni tidak bernasib baik apabila disingkirkan oleh komisar perlumbaan kerana didakwa memasuki laluan lawannya, Tom Cornish dari Australia ketika pusingan kedua.
"Prestasi Azizulhasni pada pusingan kelayakan acara pecut sangat istimewa, dia tidak pernah berada di kedudukan keempat (Kejohanan Dunia) sebelum ini.
"Namun saya bukanlah individu yang membuat keputusan (komisar yang membuat keputusan menyingkirkan Azizulhasni).
"Dari sudut positifnya, Azizulhasni berada pada tahap prestasi terbaiknya. Dia menduduki tangga kesembilan dalam acara pecut yang mana ia akan memberikan mata kepada kami untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Kami perlu melupakan segara insiden disingkirkan ini dan kembali fokus bagi acara keirin. Dengan prestasi yang ditunjukkannya setakat ini, saya percaya dia mampu menjadi pencabar utama," kata Beasley.
Pelumba bergelar The Pocket Rocketman itu pernah muncul juara dunia keirin di Hong Kong pada 2017 selain meraih pingat gangsa temasya Sukan Olimpik Rio 2016 dan perak pada Tokyo 2020.
Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom turut akan menggalas tugas dalam acara keirin yang membuka tirai saingannya esok.
Terdahulu, Shah Firdaus yang menduduki tangga ke-25 pusingan kelayakan dengan catatan 9.9s terpaksa akur apabila tersingkir pada pusingan pertama selepas tewas di tangan pelumba Australia, Matthew Richardson.
Bagaimanapun, Beasley tetap gembira dengan peningkatan prestasi dipamerkan Shah Firdaus dalam perlumbaan itu.
"Perlumbaan Shah dalam acara pecut sangat baik, dia tahu apa yang perlu diperbaiki sebelum aksi di Sukan Olimpik Paris.
"Kami akan bantu dia untuk persiapan ke Paris, kami perlu memastikan dia melalui proses yang betul," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... eirin-dunia-beasley |
|
|
|
|
|
|
| |
|