View: 2180|Reply: 1
|
Misbun sudah ada jawapan
[Copy link]
|
|
Misbun sudah ada jawapan
MISBUN akan membalas tawaran BAM. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Kuala Lumpur: Sama ada Datuk Misbun Sidek akan kembali menggalas tugas selaku pengarah pembangunan perseorangan remaja negara sehingga kontraknya tamat hujung tahun ini bakal terjawab.
Misbun dilaporkan sudah mempunyai jawapan dan surat secara rasmi akan dihantar kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
Pengurus peribadinya, Nor Kamal Ahmad berkata, beliau diamanahkan untuk menghantar surat jawapan daripada Misbun kepada BAM hari ini.
Bagaimanapun Kamal enggan mendedahkan kandungan isu surat berkenaan.
"Apa isi kandungannya biarlah BAM yang mengetahuinya dahulu. Sama ada mereka ingin mendedahkannya itu terserah kepada BAM untuk mengumumkannya.
"Saya hanya menjalankan tugas yang diberikan kepada Misbun," katanya.
Terdahulu Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini memohon maaf kepada Misbun berhubung kemelut yang melanda antara badan induk itu bersama apabila kontrak Misbun yang sepatutnya tamat Disember ini ditamatkan lebih awal dengan BAM memaklumkan bahawa ia adalah persetujuan bersama.
Misbun kemudiannya tampil membuat kenyataan bahawa dia tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh BAM itu dan mendakwa perpisahannya dengan BAM bukanlah atas persetujuan bersama seperti yang diumumkan oleh badan induk itu sebelum ini.
Malah Misbun turut terkilan dengan tindakan Norza diatas tindakan itu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-sudah-ada-jawapan
|
|
|
|
|
|
|
|
BAM ni tak habis2 dgn kontrovesi
seingat aku zaman kegemilangan BAM semasa arwah tan sri elyas omar jadi peneraju |
|
|
|
|
|
|
| |
|