View: 2502|Reply: 0
|
Tak perlu kecoh-kecoh, jalan terus
[Copy link]
|
|
Tak perlu kecoh-kecoh, jalan terus
MISBUN dipujuk kembali ke pangkuan BAM.
Kuala Lumpur: Bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim mahu semua pihak 'move on' dan laksana tugas masing-masing seandainya benar bekas Pengarah Pembangunan Perseorangan Remaja Negara, Datuk Misbun Sidek menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menurutnya, sebelum ini kedua-dua pihak sudah memberi kenyataan cuma Misbun bertindak mengikut etika profesional membalas surat jawapan tawaran BAM namun masih belum mengetahui secara rasmi kandungan surat berkenaan.
"Sekarang ini adalah isi kandungan surat berkenaan, maksudnya kalau mengikut sumber beliau menolak (tawaran BAM), jadi tidak payah berlarutan atau berteka-teki. BAM harus teruskan segala perancangan tanpa Misbun," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Ujar Roslin, apa yang ada (barisan kejurulatihan remaja) sekarang perlu digunakan sahaja seperti biasa.
"Sambung buat seperti biasa, tidak perlu hendak memberitahu tunggu juga. Ia sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada pemain, Kejohanan Badminton Remaja Dunia juga semakin hampir.
"Bagi saya biar seperti itu sahaja (sambung tugas masing-masing) tidak perlu kecoh-kecoh, keputusan sudah dibuat sebelum ini. Kalau ada sumber mengatakan Misbun tidak mahu masuk semula, jadi sambung sahajalah benda (perancangan) yang perlu dibuat," katanya.
Tambahnya, Misbun sudah bertindak dengan profesional apabila menghantar jawapan balas dan bukannya sekadar mengadakan sidang media.
"Masing-masing sudah melakukan perkara yang harus dibuat, buat apa hendak kecoh-kecoh lagi fokus sekarang adalah kepada pemain remaja kerana mereka ada kejohanan besar bulan depan," katanya.
BAM dijangka akan memaklumkan isi kandungan surat balas dari Misbun berhubung tawaran yang diberikan kepadanya minggu ini.
Sebelum ini dalam sidang media khas Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria membuat tawaran untuk memberikan Misbun kuasa kembali mengendalikan skuad perseorangan remaja sehingga kontraknya tamat hujung tahun ini bagi membolehkannya memimpin skuad remaja negara ke Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat dari 25 September hingga 8 Oktober 2023 .
Sekiranya beliau menolak tawaran pertama, Misbun boleh bertemu dengan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan perkara itu secara baik.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-kecoh-jalan-terus
|
|
|
|
|
|
|
| |
|