CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1819|Reply: 0

[Pahang] Mahkamah: Sarjan Mejar hadapi 98 pertuduhan rasuah

[Copy link]
Post time 24-8-2023 02:05 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa 98 pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas 98 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM31,400.

Tertuduh, Anuar Yaakub, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan sibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Januari 2021 sehingga Oktober 2022 ketika masih berkhidmat sebagai anggota polis berpangkat sarjan di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sehingga kemudiannya ditugaskan sebagai Ketua Balai Polis Cherating berpangkat Sarjan Mejar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menerima wang yang dipindah melalui perbankan dalam talian ke akaun miliknya berjumlah antara RM100 hingga RM2,000 dari beberapa individu di lima lokasi berbeza di sekitar daerah ini.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dipenjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif tertuduh diwakili peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.

Dalam prosiding Rifah Izzati memohon agar tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000 serta beberapa syarat tambahan lain.

Mohd Baharuddin memohon agar wang jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan kedua ibu bapa yang berusia 73 dan 76 tahun dan tertuduh telah berkhidmat selama 33 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hakim kemudiannya menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan bermula September sehingga selesai perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 25 Sepetember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -pertuduhan-rasuah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.380261 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list