CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1711|Reply: 0

[Pahang] 5 kampung dilanda banjir di Maran

[Copy link]
Post time 26-8-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode

Gambar viral di media sosial banjir di kawasan Maran. - Foto Twitter Bencana2023

MARAN : Lima kampung dan sebuah taman perumahan di Mukim Luit dan Chenor di daerah ini dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Kampung terbabit ialah Kampung Kuala Sentul, Sri Jaya, New Zealand, Baru Sungai Chedong, Berkat dan Taman Sri Chedung yang mula dinaiki air pada jam 10.50 malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran, Kapt (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan menempatkan sebanyak 145 keluarga membabitkan 559 mangsa.

"Hujan lebat itu turut menjejaskan rumah di kawasan berkenaan serta laluan utama turut digenangi air.


"PPS Kampung Baru Sungai Chedong menempatkan 53 keluarga dan 252 mangsa, Balairaya Kg Berkat, tujuh keluarga dan 26 mangsa, SK Kuala Sentul menempatkan 64 keluarga (207 mangsa) dan Surau Taman Sri Chedong menempatkan 21 keluarga dan 74 mangsa," katanya.

Katanya, agensi penyelamat sedang membuat pemantauan dan menghantar bantuan keperluan asas bencana serta kit makanan kepada mangsa yang terbabit.



"Ketika ini, hujan sudah berhenti dan air mulai surut, orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dan mendapatkan maklumat terkini terutama berkaitan laluan yang dikhuatiri ditenggelami air yang boleh mengancam keselamatan," katanya.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi Sekretariat,Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Maran (JPBD Maran / Negeri Pahang , Angkatan Pertahanan Awam Daerah Maran / Negeri Pahang dengan menelefon 09-2995 991.


https://www.bharian.com.my/berit ... nda-banjir-di-maran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 1.043512 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list