CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192693|Reply: 2534

kepercayaan dan ilmu mistik melayu kuno (update page 51:rakaman suara hantu)

   Close [Copy link]
Post time 3-1-2011 12:48 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by skeezotone at 26-2-2011 15:37

salam kepada semua forumer2...

bertemu lg kita kali ni kat thread aku yg trbaru ni. thread kali ni maybe sdikit berbeza dr thread2 aku yg lepas yg lebih fokus pd eksplorasi aku menerjah tempat2 yg mistik. thread aku kali ni ada mnyelit sikit unsur2 ilmiah yg berkisar pd kepercayaan dan ilmu mistik melayu kuno. walaupun thread ni aku kupas ttg something yg kuno, aku harap jgn la kita kembali pdpemikiran zaman kuno yg ntah pape tu. hehehehe. apa yg bakal dipaparkan disini adalah bersifat utk pengetahuan sahaja bkn utk diamalkan. jgn la lps layan thread ni, aku dgr ada org gie bertapa kt atas kubur @ pegi sembah pokok balak plak.. naya...hahaha.. harap2 semua forumer2 kat sini dpt membezakan diantara ilmu yg baik dan ilmu yg sesat yg bakal aku ceritakan kt sini.

aku nk tekakan kan kat sini, ada sesetengah ilmu mistik dan kepercayaan melayu kuno yg akn dipaparkan disini adalah bersifat khurafat.. pendedahan bahan2 tersebut hanyalah sebagai bertujuan utk pengatahuan kita besama dan bukan tujuan utk belajar jadi bomoh.fuhh..fuhh!!.. harap maklum ye.. hahahaha.sekiranya aku ada tersilap fakta harap diampun dan kepada sesiapa yg lebih tau amatlah aku alu2kan utk memperbetulkan apa yg tersilap.

kepada semua...  Marilah kita mulakan perjalan mistik terbaru ni...

yeeeehaaaaaaa!!!!



thread2 aku yg lepas:

     1) perasaan seram di muzium perang P.pinang dan pengalaman2 mistik dlm hidup aku

           http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=510890

     2)eksplorasi seram dan mistik yg meremangkan bulu roma
        http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=514555

3) kembara mistik ku

          http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=517119

     4)
Eksplorasi seram & mistik siri 2 (rumah tinggal & jirat puaka)
       http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=524473

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2011 12:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by skeezotone at 3-1-2011 00:58

bercerita ttg kepercayaan kuno org melayu zaman2 dulu.. nenek moyang@tok2 kita pd time tu mmg percaya setiap yg berlaku kt sekitar diorg mmg ada kaitan dgn makhluk2 halus, semangat2 jahat, raksaksa dan byk lagi yg kdg2 kita rasa xmasuk diakal kita yg skang ni smuanya dah blajor tinggi2..
sng crita, kita akan ckp 'nonsense'.. hehehehe.


contohnya pd zaman skang ni, bila time gerhana matahari @ bulan kita mmg berpusu2 nk gie tgk fenomena tu.. pd zaman2 nenek moyang kita dulu, diorg ni mmg takut sgt ngn kejadian gerhana ni.. kalo bole diorg ni xnak kuar umah lngsung ms tgh gerhana berlaku.. ye la.. nenek moyang zaman dulu mmg xde alat2 canggih yg bole meramalkan gerhana ni, tup2 dunia jd gelap ngn tiba2.. mmg la diorg anggap bnda tu berlaku disebabkan oleh kuasa makhluk2 tertentu.. berbeza ngn kita zaman skang ni.. bila dh tau gerhana bakal trjadi, kita mmg dh get ready ngn teropong2 @ paling tidak pun ready ngn air dlm baldi nk tgk biasan gerhana yg berlaku. hehehehe.


nenek moyang kita zaman dulu percaya gerhana yg trjadi kt atas langit tu disebabkan oleh naga yang dalam bahasa kuno dipanggil sbg 'RAHU' @ anjing yang tgh menelan bulan @matahari yg tgh gerhana tu .time tu semua org akan panik dan akan membuat bising bg mnghalau 'RAHU' @anjing tu menjahui matahari @ bulan yg diorg anggap sdg dimakan oleh raksaksa2 ni.


dalam ritual membuat bising yg lg bising dr pasar borong selayang tu , diorg akan menjerit2 dan akan disertai dgn paluan2 gong yg bingit.. setelah selesainya gerhana, diorg akan anggap suasana bising yg diorg buat tu dh berjaya mnghalau raksaksa2 tu dr makan bulan @ matahari yg tgh gerhana.


selain fenomena gerhana.. pelangi yg selalu muncul pada kaki langit selepas hujan panas juga dikaitkan dgn kemunculan makhluk2 misteri. orang2 melayu lama k tperak pd zaman dulu mempercayai pelangi atau dgn nama kuno dipanggil 'pelangi minum'. pelangi time tu dipercayai adalah jelmaan semangat bumi yg turun utk minum air.. (semangat pontau rs haus).. hehehehe. di p.pinang pula, pelangi dikenali sbg 'ular danu' dlm bahasa kunonya. manakaladi Terengganu pelangi disebut sbg 'Taring ganu'.. dipercayai nama negeri terengganu tercipta dr nama 'taring ganu'. ganu dalam bahasa kuno bermaksud ular besar @naga.
masa zaman kuno dulu, org melayu percaya sesiapa dpt pergi kt hujung pelangi akan memperolehi harta karun yg byk.


aku percaya yg korg semua tau citer p.ramlee yg ada sebut perkataan 'mambang'..mambang hijau la, mambang biru la n mcm2 mambang lg..hehehe. kat m'sia ni pon ada tempat yg brnama 'mambang di awan'.. mngikut cerita lama. mambang ni adalah sejenis makhluk halus yg bersifat bergentanyangan di atas langit. pada zaman dulu, bila waktu mnjelang senja, mak bapak akan sebok suh anak2 diorg masuk dlmumah sbb time tu langit pada belah barat akan bertukar warna menjadi kuning.diorg percaya warna kuning kat langit tu disebabkan oleh pengaruh 'mambang kuning'.. bg mngelakan anak2 diorg disampuk oleh mambang kuning, diorg akan pastikan anak2 diorg dh ada kt dlm umah time tu.. ye la.. kalo ikotkan, mmg syaitan tgh byk berkeliaran time2 maghrib ni.. tp zaman skang ni, org lg ramai dr syaitan yg berkeliaran time maghrib.. ooppss!!!.. hahahaha.


selain kepercayaan diorg pd pengaruh makhluk2 tersebut trhadap fenomena alam, nenekmoyang kita dulu2 juga prcaya yg setiap tmpat akan ada penunggu yg bertindak mnjaga sesuatu kawasan. seperti cerita yg aku dpt dr org2 tua dulu. mengikutcerita yg aku dpt tau tu, dulu kat perak ada sebuah gua kat atas gunong pondok(aku xpasti samaada gunung tu still dikenali dgn nama tu @ mungkin dh ada nama baru). dipercayai kt gua kelam tu dijaga oleh penunggu yg selalu mnjelma dlm bentuk ular besar@naga.. penunggu tu bernama 'si bujang'. mengikut cerita lg,ular jelmaan 'si bujang' ni boleh berubah2 saiz semasa menjelma.


pasni aku citer pasal 'pawang' plak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 01:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by skeezotone at 3-1-2011 02:05


ni gambo gerhana peribadi aku.. gerhana camni la yg ditakuti org2 zaman dulu.. gambo ni aku amik disebuah kawasan terpencil. sggh cantik skali aku rs gerhana nehh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 01:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by skeezotone at 4-1-2011 17:48

pawang melayu lama dan ritualnya




seperti yg kita tau, pawang dlm masyarakat melayu lama mmg org yg penting dlm kehidupan seharian diorg. ada sesetengah org tak tau yg pawang n bomoh ni adalah berbeza. bomoh ni lebih pada aktiviti2 perubatan manakala pawang plak lebih pada melakukan ritual2 mistik dan berhubung dgn makhuk2 halus.

org2 zaman dulu sblom nk buat apa2 kerja mesti nk pakai pawang.. kira pawang ni cam sorg yg ada ilmu yg bole kasi kerja2 diorg smooth tnpa kena ganggu ngn makhluk2 halus ni. org2 melayu zaman dulu biasanya akan pnggil pawang kalo diorg nak semai benih tanaman, menuai hasil tanaman, nk wat tali air, nk gie tangkap ikan n mcm2 lg la.. time ni pawang akan wat ritual seru2 makhluk2 halus @ semangat supaya jgn ganggu keje diorg @ seru2 semangat suh sama2 membantu dlm wat keje2 ni.

pawang biasanya akan dpt kebolehan dr 'HANTU PUSAKA' yg diturunkan turun temurun dr nenek moyang terdahulu. utk mnguatkan ilmu 'kepawangan' biasanya pawang2 ni akan melakukan ritual memanggil hantu utk memperolehi ilmu yg baru..

aku akan ceritakan ritual camne pawang panggil hantu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 01:40 AM | Show all posts
Reply 3# skeezotone

aisehhh dah bukak umh baru dah pun....congrats ok. aku pulak dah nak terlelap ni layankan citer ko kejap.cuma nak jadik org pertama ygmelawat umh ko dulu yalah cantik tul gerhana n view disekitarnya...bertuah tul ko dpt amik gambar yg sgt rare itu. ko ni tau mcm2 pulak citer zaman dulu dah mcm ko hidup zaman dulu pulak aku duk imagine...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 01:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by skeezotone at 4-1-2011 17:58

Ritual pawang menyeru hantu orang yg mati dibunuh



Ritual ni memerlukan 3 pelepah kelapa gading (nyiur gading). pelepah kelapa gading ni akan dibaringkan diatas kubur org yg mati dibunuh yg mana hantu orang mati dibunuh ni akan diseru. 2 pelepah kelapa gading lagi digunakan sbg simbol dayung perahu kolek. ritual ini wajib dilakukan time bulan mengambang pada mlm selasa yg telah dilakukan mngikut kalendar mistik pawang ni. kemeyan akan dibakar dan akan diletakan pada batu nesan bahagian kepala mayat. seluruh kubur simati akan diasap dgn kemeyan. pawang akan mengelilingi kubur org yg mati dibunuh ni sbyk 3 kali sambil memegang dupa kemeyan yg dibakar dgn menyeru2 nama org yg mati dibunuh tu.

setelah menyeru2 nama simati, pawang akan membaca mentera yg berbunyi;

"Hei angkau si 'anu' (nama simati)
tolong-lah aku
aku bawakan kepada aulia Allah,
aku 'nak minta elmu sadikit'.

selepas pawang membaca mentera tu, pelepah kelapa gading tu akan diasap dgn kemeyan. pelepah kelapa gading tu akan diletakan kembali pada batu nesan bhgian kepala sambil mnyebut 'Kur Allah!' sebanyak 7 kali.

setelah selesai.. pawang tersebut akan duduk kt atas kubur org yg mati dibunuh. 2 pelepah yg mewakili dayung perahu kolek tu akan dipegang. pawang akan duduk kt atas kubur tu sambil menunggu persekitaran kubur tu bertukar mnjadi seolah2 seperti lautan. setelah suasana kubur tu bertukar mnjadi seakan2 lautan, susuk hantu orang yg mati dibunuh tu akan menjelma kt dpn pawang tu.. ms jelmaan hantu org yg mati dibunuh ni muncul kt dpn pawang ni, time ni la pawang akan mintak apa yg dihajati dr jelmaan hantu orang yg mati dibunuh tu...

diingatkan.. amalan ni adalah khurafat dan dilarang oleh agama..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-1-2011 01:52 AM | Show all posts
Reply  skeezotone

aisehhh dah bukak umh baru dah pun....congrats ok. aku pulak dah nak  ...
pinktriangle Post at 3-1-2011 01:40


wahhh.. tq.. tq.. sbb jd pengunjung 1st kat umah aku ni.. hehehe. aku just selongkar ilmu2 mistik lama ni.. sekadar utk share ngn korg.. ye la.. semua ni mmg ada dalam hidup nenek moyang kita dulu.. layan je la.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 01:53 AM | Show all posts
cukup la stakat ni dulu utk mlm ni.. esok aku akn citer bab2 len plak.. tq.. tq.. hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 08:50 AM | Show all posts
monink...dah ade rumah baru...nu year yg tak best..aku kedemaman...sakit tekak...sore pon dh mcm pondan lorong..serak2 seksi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 10:07 AM | Show all posts
monink...dah ade rumah baru...nu year yg tak best..aku kedemaman...sakit tekak...sore pon dh mcm pon ...
kikuri Post at 3-1-2011 08:50


morning... mmg spoil new year tahun ni... segala yg dirancang xjadi.. hampeh nyior tol.. hehehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 11:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by skeezotone at 4-1-2011 18:01

mambang



seblom ni aku ada citer sket pasal mambang. kali ni aku nk cerita pasal jenis2 mambang n tempat diorg tinggal.

1)mambang putih.
-mambang putih menurut kepercayaan org melayu, adalah sejenis mambang yg tinggal dan menguasai matahari.

2)mambang hitam
-mambang hitam pula dipercayai tinggal dan mnguasai bulan.

3)mambang kuning
-mambang kuning mnguasai pancaran cahaya matahari terbenam. mambang kuning adalah mambang yg paling ditakuti kerana dianggap berbahaya kepada kanak2.

pada zaman dulu kalo diorg rs ada mambang kuning dtg nk ganggu budak2. mak bapak akan amik air dan berkumur dgn air tu.. (kekdah ni juga disebut sbg 'di-kemam  ayer').. air tu kemudianya disembur pada sinaran cahaya matahari terbenam serentak dgn meleparkan abu ke tempat yg sama dgn membaca mentera yg berbunyi;

"mambang kuning, mambang k'labu,
pantat kuning di-sembor abu"

sekiranya parents budak yg dikhuatiri di sampuk mambang itu xwat ritual ringkas tu, anak diorg akan kena sampuk ngn mambang n akn mngalami demam panas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 01:59 PM | Show all posts
Best2!!
rajin btul awk mengkaji benda2 ni sume kan??
sila teruskan lagi TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 02:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by skeezotone at 4-1-2011 18:37

Hantu

ms aku belek buku2 lama yg berkaitan dgn pekara2 mistik, aku trjumpa beberapa nama hantu dlm masyarakat melayu lama.. ada diantara nama2 hantu yg mmg kita xpernah dgr.. antara nama2 hantu tu adalah;

*hantu kubor


- dipercayai hantu jelmaan org yg dah mati. hantu ni dikatakan akan menganggu manusia bila kita bertembung dgn dia. hantu ni juga dikenali sbg 'hantu org mati dibunuh'. biasanya hantu ni dipuja oleh pawang2 utk mndapatkan sesuatu.

*hantu ribut
-dipercayai sbg hantu jahat yg suka melolong @ membuat bunyi bising ketika berlaku ribut. hantu ni akan mnjerit2 bersama2 dgn bunyi angin dan dentuman petir. adakah korg pernah dgr bunyi2 pelik semasa berlaku ribut@hujan lebat.. mungkin bunyi tu dtg dr hantu ribut.. hehehehe.

*hantu ayer & hantu laut




-hantu ni mnguasai laut@sungai (hantu jenis ni dah biasa kita dgr)

*hantu bandan
-hantu jenis menjaga kawasan air terjun. dikatakan, hantu jenis ni selalu dijumpai dgn keadaan tertiarap diatas air. bentuk kepalanya dikatakan hampir serupa dgn bentuk kawah (pelik plak bila aku cuba imagine rupa hantu ni). hantu ni biasanya aku mngikut arus air dan akan terjun bersama2 air terjun yg mngalir.

*hantu longgak




-hantu longgak ni brsifat suka memandang langit.org yg terkena gangguan hantu ni biasanya akan berbuih2 mulutnya (makin pelik aku rs).. hahahaha

*hantu rimba


-hantu yg mendiami hutan2 tebal.

*hantu denei


-hantu yg mnjaga laluan binatang2 liar dihutan.

*hantu belian



-hantu ni dipercayai adalah hantu jelmaan semangat harimau. wpun hantu ni dikatakan dtg dr semangat harimau, tapi hantu ni biasanya berbentuk seekor burung yg bertenggek kat atas badan harimau. hantu ni akan bertenggek kat atas badan harimau dan xkan memijak tanah. dikatakan, harimau pantang mnjatuhkan hantu ni kat atas tanah.

*hantu songkei


-hantu ni dikatakan sejenis hantu yg suka menangkap binatang liar. hantu jenis ni juga dipercayai sejenis hantu yg akan merosakan jerat yg dipasang utk menangkap binatang liar. rupa hantu songkei dikatakan hanya mempunyai separuh badan sahaja. berhidung panjang. kedudukan mata hantu ni dikatakan seperti kedudukan mata burung.

tu la antara nama2 hantu yg jarang @ xpernah kita dgr langsung.. kalo kita tnya pada org2 tua mungkin diorg tau pasal nama2 hantu ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 02:45 PM | Show all posts
Best2!!
rajin btul awk mengkaji benda2 ni sume kan??
sila teruskan lagi TT
melinda_gordon Post at 3-1-2011 13:59


aku sgt tertarik dgn pekara2 mistik alam melayu lama ni.. aku rs bnda2 ni sgt unik n mungkin ssh dah kita nk dgr pd zaman moden ni.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 03:33 PM | Show all posts
sebut pasal pawang ni aku teringat cerita Ceplos aritu
Ceplos kata Pawang tu = Pau Wang
tu yg kejenya asyik menipu org & pau duit org
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 03:50 PM | Show all posts
sebut pasal pawang ni aku teringat cerita Ceplos aritu
Ceplos kata Pawang tu = Pau Wang
tu yg keje ...
immortallez Post at 3-1-2011 15:33


betoi gak tu.. hahahaha.. aku kalo tgk muka ceplos pon dh rs xbleh blah.. hahaha. pawang skang ni dh xramai dah.. kalo bomoh mmg ramai agi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2011 04:19 PM | Show all posts
Ilmu mistik berkaitan dgn mengawal cuaca dan alam

dlm masyarakat melayu lama dulu, diorg ni ada ilmu utk mngawal cuaca @unsur2 alam yg lain. maybe pd zaman moden ni pon masih ada bomoh2 @org2 yg still guna ilmu2 camni utk mngawal persekitaran alam.contohnya, ilmu ni digunakan utk menahan hujan @ cuaca2 buruk ygmungkin berlaku. kaedah ni sgt diperlukan sekiranya seseorg inginmengadakan sesuatu majlis, bg mngelakan acara majlis terjejas dsebabkancuaca buruk, ilmu ini amatlah diperlukan.

dr sumber yg aku dapat.. zaman dulu ms pelaut2 ingin memulakanpelayaran, seorg pawang akan dipanggil utk menyeru angin bg meniuplayar kapal supaya pelayaran mnjadi mudah. pawang akan menyeru angindgn mentera pendek yg berbunyi;

'kemarilah, tuan, kemari, tuan ku,
biarkan kunci mu panjang dan mengalun-ngalun'.

selain tu, ritual lain yg sering dilakukan oleh pawang2 dulu dalam proses melakukan pelayaran adalah dgn melakukan ritual seperti ni;

pawang akan meletakan senduk menegak pada tiang layar dan membaca mentera yg berbunyi;

'wahai burung angau-angau terbang,
bertenggeklah diatas rumah malim palita.
mati mu mengiring, mati mu ditolak,
mati mu kerna perutusan putera senduk'

adusss.. napa aku rs cam lawak plak mentera ni.. hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 04:34 PM | Show all posts
memanggil hujan

org2 melayu zaman dulu juga akan melakukan ritual memanggil hujan sekiranya dilanda kemarau yg lama. ritual ni aku dpt tau byk dilakukan di kawasan2 belah selangor ms dulu2..

proses ritual memanggil hujan ni memerlukan seorang perempuan meletakan belanga yg  diatas kepala dan diisi dgn air. perempuan tu akan duduk diatas tanah. air didlam belanga tu akan digunakan utk memandikan seekor kucing sambil membaca mantera2 tertentu. biasanya hujan akan turun semasa ritual ini dijalankan.. sgg magik sekali.. hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 04:39 PM | Show all posts
Reply 11# skeezotone

yg mambang kuning ni aku taw. masa aku kecik2 kalo time maghrib tetiba jd kuning2 jek nenek aku cepat2 suh masuk umah. katanya mmbang kuning tgh jemur sayap.. budak2 tak leh dok luar...nape..aku tak ingt dh lama sgt... tp skang ni susah nak tgk maghrib jd kuning2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 04:43 PM | Show all posts
Reply 17# skeezotone

mmg lawak pun mentera tu... ahahaha suka ati dia je kan nak sebut apa pun.pasal pawang hujan ni teringat lak aku dulu masa kecik2 sek ren rasanya kat kg nenek aku ada kenduri kawin.ada ke pakcik aku ni nak aku jadikan bahan utk apa ntah yg pasti anak daralah tuk nak elak hujan time kenduri...camtulah kalo xsilap...ingat2 lupa.yang pasti aku terus cabut.xnak aku...cam syirik jee ntah apa2 ntah dorg nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062410 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list