CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 0

Jam tangan bernilai RM2.9 juta milik Sainz dirompak

[Copy link]
Post time 4-9-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode

SAINZ ketika beraksi di GP Itali.- FOTO Reuters

Monza: Jam tangan Carlos Sainz bernilai £500,000 (RM2.9 juta) hanya beberapa jam selepas dia menamatkan saingan di tempat ketiga GP Itali.

Menurut laporan media Itali, pemandu Ferrari itu menjadi sasaran pencuri berhampiran hotel Armani di Milan sekitar jam 8:30 malam.

Bagaimanapun, Sainz yang masih memakai pakaian Ferrarinya mengejar mereka bersama orang ramai yang melihat rompakan itu berlaku.

Pemandu Sepanyol itu berjaya menangkap perompak dan mendapatkan semula jam tangan berharga, Richard Mille manakala polis kini menahan dua suspek.

Sementara itu jam tangan Richard Mille milik pelumba Britain, Lando Norris bernilai £144,000 (RM845,186) turut dirompak darinya selepas menyaksikan perlawanan akhir Euro ketika England tewas kepada Itali.

Namun pelumba muda gagal mendapatkan semula jam tangan itu dan seorang lelaki didapati tidak bersalah kerana merompak.

Percubaan rompakan terhadap Sainz berlaku selepas Max Verstappen meraih kemenangan ke-10 berturut-turut untuk mencipta rekod baharu F1.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ilik-sainz-dirompak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.036972 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list