View: 3005|Reply: 0
|
MotoGP: Enea Bastianini terlepas tiga aksi
[Copy link]
|
|
BASTIANINI terlibat dalam insiden kemalangan pada aksi di Catalunya menyebabkan dia mengalami kecederaan serius dan bakal terlepas tiga perlumbaan. - AFP
MONTMELO, Sepanyol – Pelumba Ducati, Enea Bastianini sekurang-kurangnya terlepas tiga perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.
Ducati dalam kenyataan berkata, Bastianini yang terlibat dalam insiden di selekoh pertama GP Catalunya bersama empat jentera lain pada Ahad lalu selesai menjalani pembedahan selepas patah tulang di kaki kiri dan tangan
Ducati telah mengesahkan pembedahan tersebut berjaya dan Bastianini terlepas perlumbaan GP San Marino hujung minggu ini di Misano, India dan Jepun.
“Enea Bastianini telah menjalani pembedahan petang tadi (semalam) di buku lali kiri dan tangan kirinya patah dalam kemalangan di GP Catalunya.
“Dua pembedahan tersebut dilakukan di Policlinico of Modena. Bastianini tidak lama lagi akan dapat memulakan proses pemulihan selepas pembedahan.
“Bastianini akan terlepas perlumbaan di Misano nanti dan juga dua perlumbaan seterusnya di India dan Jepun,” kata Ducati.
Ini kali kedua Bastianini berehat panjang selepas patah tulang bahu sewaktu perlumbaan pecut sewaktu aksi pembukaan MotoGP di GP Portugal. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... terlepas-tiga-aksi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|